Sumber banner : www.mpib.gov.my
Biasalah dah nak raya, memang sibuk betul menguruskan hal rumah tangga, sampai terabai sekejap blog ini. Harap maaf ya... Mia tahu pengunjung-pengunjung yang kat luar sana tuh, tertunggu-tunggu entri Mia ni.
Di kesempatan ini, Mia sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke -54 kepada semua pengunjung blog ini.
Maaflah andai selama ini Mia terkasar bahasa, tersinggung perasaan... manalah tahu kat dalam blog ni, macam-macam boleh ditafsirkan.
Terima kasih kepada 2 sahabat blogger Mia yang telah pun ucapkan Selamat Hari Raya pada Mia, iaitu Wanzi dan Cemomoi yang telah pun komen di entri sebelum ini. Sweet sangat. Ingat juga kat Mia....
Ucapan Raya dari Wanzi...
Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan.
Selamat Hari Raya aidilfitri
maaf zahir batin wanzi seisi keluarga.. Jika ada terkasar bahasa..
Ucapan Raya dari Cemomoi
bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra;
bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa;
mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat;
duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat,
mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat
Disamping itu juga, kemeriahan Hari Kemerdekaan Yang Ke -54, sayangi dan cintai Malaysia. Malaysia tanahairku tercinta. Semoga Malaysia akan maju dan aman sentiasa. I love you so much Malaysia.
Apa-apa pun persiapan Mia raya kali ini biasa sahaja. Esok dah mula balik kampung Batu Pahat, keluarga sebelah Mia... Raya ketiga barulah ke rumah Mak Mertua, sebelah suami Mia di Johor Bahru. Yang pastinya yang paling seronok, Sofea lah. 7 pasang baju raya termasuk 3 baju kurung. 2 pasang kasut raya. Wahh... bergaya sakan Sofea kali ini.
Senang-senang nanti jemputlah datang raya ke rumah.
8 Comments
Nelly The Strange nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA !
ReplyDelete:)
Salam.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga ... maaf zahir batin.
www.hasrulhassan.com
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Daripada saya blog.hariz :)
ReplyDeleteSelamat hari raya kak mia
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri
ReplyDeleteMinal Aidil Wal Faizin... :)
selamat hari raya kak mia :D
ReplyDeleteuntuk keluarga kak mia juga :D
kak mia..
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir batin & salam merdeka ^^
saya suka banner raya awak..
ReplyDelete