Kedudukan Logo MRT Mia Semasa Undian Ditutup

Bermula dari petang semalam, kedudukan ranking berubah mendadak dan sentiasa berubah sepanjang masa. Masing-masing berlumba-lumba untuk naik ke atas. Selepas sahaja berbuka puasa di luar, sekembalinya Mia dan keluarga ke rumah, logo Mia telah jatuh ke rank 2. Apalagi, Mia sibuklah kempen sana.. sini.. Suami Mia call kawan-kawan dia yang lain, minta tolong undi. Rakan-rakan blogger di sebelah utara, ada yang tidak dapat mengundi. Undian yang Mia dapat tidak cukup untuk menaikkan Mia ke rank 1 semula. Apa-apa pun sekurang-kurangnya Mia dah berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke titisan yang terakhir.

Di kala 1 jam sebelum tamat undian, server ada menghadapi masalah sedikit dan ramai mengadu tidak boleh buka website MRT. Biasalah, dah di saat-saat akhir kadang-kadang macam ni. Website kembali semula aktif  15 minit sebelum jam 12.00 tengah malam.


Mia mendapat 626 undian dengan beza sebanyak 13 undian daripada logo di rank 1. Syukur alhamdulillah.

Mia rasa begitu gembira sekali di atas sokongan padu dari rakan-rakan sepejabat, OUM, Facebook, Twitter dan Blogger yang tak putus-putus berkempen untuk Mia. Terima kasih yang tidak terhingga,dan tidak terbalas budi rasanya. Kepada peserta-peserta contest, Mia ucapkan semoga berjaya dan tahniah di atas usaha gigih untuk mendapatkan undian.

Semua undian akan dikira kesahihannya sehingga esok dan keputusan akhir akan di umumkan pada hari Rabu 10 Ogos 2011.

p/s: tahniah kepada pihak penganjur yang begitu tabah dan profesional ketika mengendalikan MRT Logo Contest ini.

Post a Comment

7 Comments

  1. yang pntg sudah berusahakan..alhamdulilah okay semuanya...

    ReplyDelete
  2. tahniah mia..nombor dua tu dah cukup bagus..ramai peserta yg masuk..tahniah..!! :)

    ReplyDelete
  3. tahniah :) okay la tu dpt numb dua. ramai yg masuk comp ni kan :)

    ReplyDelete