Mandi Wap Dan Facial Di Michelle Lazar


Sekarang ini Mia memang sibuk dengan menyiapkan assignments, ada 3 semuanya. Bila asyik mengadap komputer tentulah badan dan mata terasa letih sangat. Ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup. Balik dari kerja hari ini, Mia terus pergi ke Michelle Lazar berhadapan dengan CIMB Bank di Bandar Baru UDA. Dekat betul dengan pejabat Mia. Ini adalah kali pertama Mia ke sini, dan dah lama sebenarnya ingin mencuba di sini.

Mia buat mandi wap selama 25 minit. Keluar semua peluh-peluh di seluruh badan. Memang panas. Selepas selesai, badan rasa segar dan ringan. Kos mandi wap ialah RM40.00

Kemudian, Mia buat check-up kulit muka. Hasilnya, kulit Mia agak sensitif dan berminyak di bahagian dalam. Warna kulit muka juga tidak sekata. Rawatan muka yang paling sesuai adalah untuk menyelesaikan masalah sensitif dengan harga promosi RM88.

Mia rasa selesa buat rawatan muka menggunakan produk Michelle Lazar. Produk ini begitu natural. Bila dah gunakan produk ini, tidak perlu make-up lagi... Cuba lah kalau nak tahu.





Walaupun produk ini mahal, tapi agak berbaloi sebab packagingnya yang begitu ekslusif dan besar. Boleh tahan sehingga 3-4 bulan. Ini lah set yang dicadangkan untuk Mia iaitu Deep Pore (RM118), Cleasing Wash (RM98), Snow White Serum (RM168), Cell renewal (RM178) dan Sunblock (RM128). Untuk travel set pula hanya RM235.

Mia belum bercadang hendak memakai produk ini lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih nanti, Mia pun nak guna produk ini.

p/s : boleh layari http://www.radiance2u.com untuk keterangan selanjutnya...

Post a Comment

8 Comments

  1. bestnye.
    nak gak la wat macam akak.
    bagi badan nih rilex..
    ;)

    ReplyDelete
  2. @fynameh la... sayangilah badan kita... :)

    ReplyDelete
  3. singgah sini...wah best sekali sekala ber spa:-)

    ReplyDelete
  4. hi..saye penggune baru nih.
    saye baru je mule pakai produk ini.
    saye berharap produk ini berkesan baik dgn ape yg jadi permasalahan saye selame nih.

    ReplyDelete