Petang tadi, Mia sertai latihan menari poco-poco di pejabat. Lokasinya di ruang legar Bahagian Pemasaran dan Promosi. Semalam, bila dengar sahaja, ada latihan hari Jumaat petang, sukanya. Yang ajar pula rakan sepejabat yang baru balik dari Induksi Umum di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Tak sangka untuk aktiviti riadah, mereka telah diajar menari poco-poco di sana.
Fauzan yang mengetuai sesi latihan pertama ini, alhamdulillah ramai juga yang sudi hendak belajar menari poco-poco. Mula-mula memang susah sedikit, sebab langkah kaki yang ke depan kebelakang ke kiri dan ke kanan. Lama-lama... Mia dah boleh ikut stepnya mengikut rentak. Selepas dah pandai step kaki, mulalah gayakan dengan lenggang dan lenggok tangan. Kadang-kadang bila tersalah step boleh juga berlaga dengan rakan lain.
Apa-apa pun memang seronok belajar benda baru. Berpeluh-peluh lah juga. Latihan hanya untuk satu jam sahaja. Tapi dah rasa macam penat sangat.
Jom tengok kami menari poco-poco. zasssss..
p/s: tarian juga merupakan senaman yang baik untuk kesihatan kita. Sihat dan cergas!
18 Comments
wah bestnya. tak pernah pun try poco poco ni sebenarnya. tapi suka tengok orang menari. macam best ;)
ReplyDeleteTeguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya
bersungguh2 je ..
ReplyDeletewahhhh bestttnya berpoco pocoooo!!!
ReplyDeleteKPAH selalu buat poco2 ni kat kelas aerobic...bukan setakat poco2..segala jenis tarian ada...dan cikgu yg mengajar kami kat gim tu..dah umur 54 tahun..perghhh...badan mantain..stamina pulak mengalahkan org muda...
ReplyDeletebest nya, lame x berpoco2 :D
ReplyDeleteteringin nak tengok poco-poco, Dulu tyme kt sabah, selalu jer ada poco-poco.
ReplyDeleteboleh ke kita menari poco-poco.. isu tu dah bersih ke..?
ReplyDeleteerm ktorg dlu wajib tau menari poco2 nie
ReplyDeleteHAAA NYESAL TAK JOIN POCO-POCO.. buzy masa tu...
ReplyDelete@Miss Y and Her World jom lah cuba.. boleh juga exercie kan diri..
ReplyDelete@puanbee tu lah.. takleh nak berangan... terberangan jap je, terus tersalah step.. dan berlaga dengan kawan
ReplyDelete@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA memang best... jom arr menari sekali..
ReplyDelete@kpah k-poh uiii dahsyatnya... entah macamana lah mia nanti masa tua.. boleh lagi ke tak ni...
ReplyDelete@rafiqa nanti lama-lama boleh terlupa step...
ReplyDelete@shameel Iskandar tengok kat youtube pun boleh.. banyak video kat sana..
ReplyDelete@Muaz Faris yang ini.. akak tak masuk campur... hehehe.. tapi joget tetap joget...
ReplyDelete@Niena Pengembara Ilahi wahhh.. hebatnya..
ReplyDelete@kutoOobambOo / ericoanaci tu lah... takpe.. lain kali join ya... nanti leh masuk blog akak..
ReplyDelete