Petang-petang macam ni, begitu terasa betul debarannya. dup.. dap.. dup.. dap.. Sebagai salah seorang dari 6 finalis terakhir tentu macam-macam yang difikirkannya. Harapan tetap ada walaupun sukar. Apa tidaknya, Mia tidak pernah menghadiri mana-mana event besar macam DiGi WWWOW Awards.
Kategori Blogger of the Year memang mempunyai saingan yang sangat kuat dan sengit. Kali terakhir Mia berada di rank ke 3 sebelum 2 minggu tarikh tutup undian. Selepas itu, ranking menjadi rahsia dan hanya penganjur sahaja yang tahu.
Persiapan Mia biasa sahaja. Mia ambil cuti 2 hari untuk esok dan lusa. Esok pagi-pagi, Mia dan Suami akan bertolak ke Kuala Lumpur dan dijangka sampai waktu tengahari. Kami menginap semalaman di Hotel Vistana Kuala Lumpur ( berdekatan dengan Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) ). Memandangkan temanya adalah kasual, Mia hanya mengenakan baju blouse dan seluar jeans. Simple sahaja penampilan Mia. Mia ini biasa-biasa aja orangnya. Tak lah famous macam blogger-blogger lain yang sangat hebat.
Rasa bersyukur sangat berada dalam finalis 6 terakhir Blogger of the Year dan sebagai penghargaan kepada blog ini yang mendapat sokongan padu dari kalangan ahli keluarga, blogger, rakan sepejabat, staf dan pelajar Open University Malaysia, rakan-rakan Facebook, rakan-rakan Twitter dan sesiapa sahaja yang mengundi untuk mialiana.com.
Apa-apa pun keputusan muktamad di tangan penganjur. Kita tunggu dan lihat nanti....
12 Comments
tahniaahhhhhh!nak follow jugk blog ni tp broadbnd sy slow ke follower tu hilang,,,huhuhu
ReplyDeletewah...congrats kak mia...good lux ek :}
ReplyDeletegudluck akak!!
ReplyDeleteWow, vistana hotel, at first I was thinking to stay there too, but at last changed to another hotel. Good luck to you and see you there! All the best! =)
ReplyDeletekpah pun berdebar2 jugak ni..mia...
ReplyDeletekite jumpe kat sane nye ! ali pon dapat jemputan.
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhh samalah dgn saya.. tak boleh tidur dibuatnyaa hahaha... see you tomorrow sis =)
ReplyDeletetahniah sesangat.. keep up the good work sista!!!
ReplyDeleteGood Luck Kak Mia
ReplyDeletecongrats..smoga smula lancar dinner mlm ni! ^_^
ReplyDeleteterima kasih semua... thanks for all the wishes...
ReplyDeletebestnya kak mia.taniah yar kak mia :)
ReplyDelete