Alhamdulillah, Mia sampai sini di Bandar Enstek malam tadi menaiki kenderaan pejabat dengan Safuan dan Sarifuddin yang juga menghadiri mesyuarat di Wisma Tani. Hajar pula nak outstation ke Australia. Mereka bermalam di Hotel Kualiti. Mia pula bermalam di rumah pak ngah suami Mia. Hari ini Mia perlu menghadiri Program Kesedaran dan Pemantapan Laman Web/Portal di Palm Garden IOI Resort, Putrajaya.
Malam tadi singgah makan di Restoren Jejantas Ayer Keroh Melaka. Makan bersama keluarga Hajar sebab family dia on the way balik ke Batu Pahat, baru lepas amik adik dia cuti semester. Terima kasih ya, sudi belanja Mia makan. Kata mak Hajar, makanan di restoren tu sedap. Mia makan nasi goreng paprik. Terlupa pula nama restoren tu tapi ia berhadapan dengan kedai Al-Ikhsan.

Rancangan Mia pada hari ini, selepas selesai tengahari nanti Mia ada urusan kerja di Pejabat Pengerusi di Kuala Lumpur. Terlanjur singgah di Kuala Lumpur itu, Mia ingat nak pergi cari tempat lokasi Kuala Lumpur Performing Art Center (KLPAC) yang berada di Jalan Strachan masuk melalui Jalan Ipoh. Sekurang-kurangnya nanti senang nak datang 12 Julai depan.
p/s: sempat juga buat entri ini sementara menunggu Jumizar ambil Mia di rumah pak ngah ni. Pak ngah pun kerja kat putrajaya, dah siap-siap nak keluar...
6 Comments
take care kakak
ReplyDeleteda dkt la kita...hehe..bpe hr kt cni kak?
ReplyDeletetake care kak mia :)
ReplyDeletelama dh x merasa outstation jejauh ni..hehe :)
ReplyDeletelamanya x g putrajaya..
ReplyDeleteterima kasih semua.... rindu jugak tinggalkan anak dan suami... :)
ReplyDelete