Lempeng Sagu Biji Berkelapa

Makanan tradisional turun-temurun yang sukar dijumpai di mana-mana kedai makan di zaman sekarang. Kalau nak makan, kenalah masak sendiri. Lokasi dapur pula di rumah Mak Mertua.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah sagu biji, kelapa dan sedikit garam. Mula-mula rendam sagu biji hampir seminit di dalam air. Jangan lama sangat, nanti lembik pula. Selepas itu, dibasuh dan ditoskan. Sagu biji tersebut perlu digaulkan dengan kelapa dan masukkan sedikit garam.

Kemudian, panaskan kuali. Tuangkan ke dalam kuali dan ditekan rata (padatkan). Dimasak dengan api yang sederhana. Selepas masak, diterbalikkan lempeng tadi.

Mudah sahaja goreng lempeng ini, tidak perlu guna minyak. Jangan risau, bila dah masak betul, mudah untuk terbalikkannya.








p/s: suka kunyah-kunyah masa makan lempeng ni, terasa macam makan bubble gum

Post a Comment

22 Comments

  1. tak pernah makan la. Kene cuba ni. Nampak best jer.

    ReplyDelete
  2. sedapnya lempeng. miza suka :) arwah tok selalu buat lempeng kelapa dengan lempeng pisang :)

    ReplyDelete
  3. kl ado ikan masin..tamah seronok ne kak

    ReplyDelete
  4. @noraim lebih kurang je rupanya. cuma yang ni tak de taruk tepung gandum

    ReplyDelete
  5. @pena rozie uikkk takpernah makan kenalah cuba makan.. sekali makan tentu nak lagi...

    ReplyDelete
  6. @Miza Yusof wahhhh tak sangka miza pun suka je... macam2 jenis lempeng ni... ikut selera masing2..

    ReplyDelete
  7. @Hermizariafis terpulang nak dimakan bersama apa... dengan gula pun boleh...

    ReplyDelete
  8. @cik lya resepi orang kampung... memang sedap..

    ReplyDelete
  9. @grOundnUt tapau sampai sana leh tahan ke sampai 2 hari... kena datang sini baru leh rasa...

    ReplyDelete
  10. @Anak Wak Mail terlalu sedap.. sebab orang dulu2 memang suka makan ni... mudah disediakan dan dimasak..

    ReplyDelete
  11. Macam sedap! Dah follow you. Visit my blog okay

    jangankalot.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Sedap ke lempeng ni? I tak penah try, tapi nampak macam sedap je.

    ReplyDelete
  13. alamak terkeras pula lempeng ni

    ReplyDelete
  14. Memg sedap,resepi mak kmi lapik bgkus daun pisang bg garing lg tetangkat,mkn camtu ja manis2 masin.

    ReplyDelete