Bila Sofea Masukkan Air Ke Dalam Baldi


Petang-petang kalau tidak dapat bermain di luar, mulalah Sofea meradang. Nampak gayanya, kena jugalah benarkan dia main di luar. Hmmm... kali ini, dia berkenankan betul dengan baldi dan ambil salur getah nak isikan air dalam baldi. Cuba buka paip tapi tidak boleh. Saja Mia dan suami biarkan dia cuba sendiri sehingga Sofea datang kepada kami, minta tolong bukakan paip. Apa tidaknya, selalu sangat nampak ayahnya cuci kereta, dia pun mula nak tiru gaya ayahnya.

Bila dah dibuka, apalagi sukalah dia sambil terloncat-loncat, air dah keluar. Dia main sembur air ke sana ke sini. Bila diusik, marah dia. Kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri. Habis semua basah disemburnya termasuk Mia dan suami.

Apa-apa pun jom tengok aksi Sofea... zasss...








p/s : lepas hampir penuh air dalam baldi, mulalah Sofea keluarkan air dengan gayung. Lepas itu isi semula sampai dah penat, baru lah dia berhenti....

Post a Comment

19 Comments

  1. lepas ni ajak tolg kemas umah lak eh..


    ehhe...


    mndi luar umah la tuuu

    ReplyDelete
  2. Budak-budak sebesar sofea kalau dapat paip air memang suka menyembur. sepupu Miza pun macam ni jugak. Bila kita nak ambil paip tu terus marah/menangis. hehe :)

    ReplyDelete
  3. Salam, mia. Anak2 kecil memang suka main2 air. Basah kuyup sofea tapi still kiut, hehehe.....:)

    ReplyDelete
  4. Semua budak mmg suka main air kan.. Bil air melambung2 kat umah..

    ReplyDelete
  5. @vampire's lovex uiii kalau tolong kemas.. abis satu rumah dikemasnya... haah, terus mandi di luar lepas main air.. :)

    ReplyDelete
  6. @Miza Yusof samalah miza.. ikutkan aje kehendak diorang ni :)

    ReplyDelete
  7. @Yan uikk ye ke? setakat ni, bil air tak melambung lagi. anak baru seorang :)

    ReplyDelete
  8. rupanya dia bukan sahaja membuatkan baldi itu basah,tetapi sengaja membasahkan badannya...he he he

    ReplyDelete