Al-Fatihah Kepada Arwah Kak Su, Moga Selamat Sampai Ke Jakarta Hari Ini

Semalam tengahari, tiba-tiba Mia dapat panggilan daripada Abang Awie, suami Kak Su, katanya Kak Su sudah meninggal dunia. Punyalah terkejut Mia. Arwah Kak Su tiada saudara di sini, hanya temankan Abg Awie buat kerja kontrak perumahan di kawasan Desa Tebrau. Badan terus macam lemah sedikit dan cepat-cepat telefon suami Mia dan kami terus pergi ke Hospital Sultan Ismail.

Mia dah lama tak jumpa dengan arwah Kak Su. Kali terakhir Mia nak jumpa pun bulan lepas, itupun tidak kesampaian sebab arwah dah tukar nombor. Memang arwah teringin sangat nak jumpa Sofea. Mia belum pernah jumpa arwah sejak Mia mengandungkan Sofea.

Mia kenal arwah Kak Su pada tahun 2007 semasa jalan-jalan dengan suami ke Jawa Barat langsung menginap di rumahnya di Indramayu yang terkenal sebagai Kota Mangga. Selama 4 hari kami di sana. Terlalu banyak kenangan dengan arwah Kak Su serta keluarganya. Mereka semua sangat baik dan pandai melayan kami.

Berbalik kepada kisah semalam, selepas sampai di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, kami menunggu agak lama untuk urusan discaj arwah Kak Su yang akan di bawa ke Hospital Sultanah Aminah, memandangkan Hospital Sultan Ismail tiada perkhidmatan pengawetan mayat. Banyak prosedur yang perlu dilalui sekiranya ingin membawa pulang jenazah arwah Kak Su balik ke Indonesia. Abang Awie menggunakan perkhidmatan Syarikat New Model Casket Sdn Bhd bagi menguruskan penghantaran jenazah arwah Kak Su dengan kos sebanyak RM 4,100. Barulah Mia tahu, di sini tiada syarikat Melayu yang membuat perkhidmatan seperti ini.

Adik arwah Kak Su, Jaz yang baru sampai sini minggu lepas dari Taiwan turut ada. Hanya kami berempat sahaja. Alhamdulillah bila dah sampai ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah semua urusan berjalan dengan lancar. Jenazah arwah Kak Su dimandikan, dimasukkan ubat awet (boleh tahan selama 5 hari), dibungkus dengan plastik, dikapankan dan disembahyangkan. Selepas selesai, disimpan di stor Syarikat New Model Casket Sdn Bhd semalaman.

Pagi tadi jenazah telah pun diterbangkan melalui kargo MAS dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dan akan transit di KLIA sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta. Keluarga arwah Kak Su akan menjemput jenazahnya dan uruskan pengebumian di Indramayu.

Antara gambar-gambar kami semalam buat tatapan keluarga arwah Kak Su di sana...










Semoga roh arwah Kak Su ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin....

p/s : Mia sayang dan kangen banget sama arwah Kak Su...

Post a Comment

28 Comments

  1. oo kena awet yer dulu. mm semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah... kita yg masih hidup hadapi segala ujian dengan tabah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua. Arwahnya sakit fibroid dalam perut. Tiba-tiba demam panas hari Sabtu lepas, pergi klinik kata demam biasa.

    Hari Ahad lepas terus masuk Hospital Sultan Ismail. Lepas 2 hari masih sakit perut dengan demam panas dan terus meninggal.

    Menurut doktor, fibroid telah pecah di dalam dan kuman telah masuk ke jantung.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah.. semoga roh arwah tenang di sana..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga beliau.

    ReplyDelete
  6. al-fatihah.. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. amin..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Alfatihah semoga roh arwah dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang solihin dan sodhigin.

    ReplyDelete
  8. innalillah.. smoga arwah tenang d sana..

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah...semoga rohnya termasuk dlm golongan yg beriman..Amin...

    ReplyDelete
  10. al-fatihah T.T

    http://sachiasukaii.blogspot.com/2011/04/15-april-2011-makin-singkat-umur-buatmu.html

    ReplyDelete
  11. Terima kasih semua. Sudi sedekahkan al-fatihah buat arwah Kak Su.

    ReplyDelete