Result Semester September 2010

Hmmm... semalam petang result semester lepas keluar di myVLe system. Memang takut betul nak check. Risau teruk sangat. Bila tengok... alhamdulillah. Prestasi agak menurun sedikit kali ini. Soalan memang susah dan Mia memang tidak confident masa itu. Syukur sangat lulus semua subjek. 


Nampaknya dermasisa untuk semester lepas secara automatik gugur dengan sendirinya sebab pointer GPA kurang dari 3.67. Terpaksalah bayar balik yuran pengajian yang telah dikecualikan. Tidak mengapa lah kan sekurang-kurangnya Mia dah cuba sedaya upaya untuk belajar. Siap ambil cuti sebelum exam untuk belajar. Total GPA untuk semester lepas ialah 3.44.  Secara keseluruhannya CGPA Mia sekarang ialah 3.80. Masih lagi dean list setakat ini.

Walaubagaimanapun, ini tidak melemahkan semangat Mia untuk terus belajar bersungguh-sungguh semester ini dengan subjek-subjek programming yang berat. Cabaran sangat hebat.

Apa-apa pun, usaha itu tangga kejayaan.... yang penting harus kuatkan semangat menghadapinya...

Post a Comment

18 Comments

  1. pandainye kak mia...^_^, mira tak pnah dekan pon..ckup 3 je..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. wah..tahniah sis!
    xpe..ok je tue..
    next sem usaha lg!

    ReplyDelete
  3. akak tak tahu masalah org belajar ni..sbb akak tak sekolah tinggi..heee..Tapi akak sangat respek org macam mia...women power!!!

    ReplyDelete
  4. wah.. bestnye dpt msk dean list.. congrats kak mia..

    ReplyDelete
  5. Wah tahniah..Still got A..
    Mia, nanti datang umah Naz amik award ye!

    ReplyDelete
  6. Salam
    Tahniah Mia, Teruskan Usaha. :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua di atas ucapan yang diberikan... mia sangat hargainya... sudi sokong Mia selama ini...

    ReplyDelete