Penggunaan Hardware Keylogger

Ternyata ramai betul yang tertarik dengan entri Mia sebelum ini tentang hardware keylogger (sumber dari emel kawan). Sebenarnya, alat ini dah lama diperkenalkan tapi masih ramai yang tidak tahu lagi. Mesti ada yang tertanya-tanya tentang alat ini.

Nampak gayanya Mia pun terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang alat ini. Ada 2 jenis, satu dalam bentuk software (perisian) dan satu dalam bentuk hardware (perkakasan). Bentuk hardware ini pula senang untuk dipasang.

Jom tengok gambar yang Mia ambil dari google... zass...


Perasan tak kat belakang tu? Ada alat tambahan yang dipasang dengan kabel keyboard. Alat itu boleh menyimpan maklumat yang hendak dihantar oleh keyboard ke CPU.

Senario Penggunaan
  • Ibu bapa boleh senang untuk memantau penyalahgunaan komputer yang dibuat oleh anak mereka.
  • Majikan boleh mengetahui dan mengenalpasti pekerja yang menggunakan komputer untuk kepentingan peribadi.
  • Menyimpan segala maklumat yang ditaip ke dalam komputer dan maklumat telah disimpan itu boleh diakses di mana-mana komputer
  • Boleh disalahgunakan sekiranya hendak mencuri atau mengetahui maklumat rahsia yang ditaip
  • Sangat sukar untuk dikesan melainkan dengan menyemak secara fizikal di bahagian belakang PC
  • Sesuai untuk dipasang di semua jenis Operating System selagi PC tersebut mempunyai standard USB HID (Human Interface Device)
Apa-apa pun Mia harap penjelasan yang ringkas ini dapat merungkai persoalan yang timbul di dalam entri Berhati-hati Ketika Menggunakan PC Di Tempat Awam.

Jangan risau jika terpaksa menggunakan PC di tempat awam, anda perlulah mengambil langkah yang bijak.

Post a Comment

27 Comments

  1. cc saye takde..haha..kesian mialiana kene kacau je..tapi betoll..cc saye takde..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ada perisian yang leh detect apa yang kita taip kat google..tp dah tak igt nama apa..dulu masa belajar sem lepas penah guna..

    ReplyDelete
  3. thanks for the info kak mia :)
    bahaylah. takut juga kalau digunakan ke jalan yang salah.

    ReplyDelete
  4. emm..
    Tk pun br tau hal ni..
    tima kasih..

    ReplyDelete
  5. sis... trima kasih kerana sudi follow fiezah =)

    ReplyDelete
  6. thank u~~~ alamak.. kene pantau dah.. hehe

    ReplyDelete
  7. thanks. info baru ni. nanti kena tgk kat pejabat la. heee...ntah2 kena pantau gak.

    ReplyDelete
  8. ade jugak benda mcm nih ye...jika d salah guna boleh mendatangkan kesan buruk nih...

    ReplyDelete
  9. bagus gax alat ni!! tapi klau salah guna hbis la~~

    p/s : thanks follow and singgah blog ana.. teruja rse bile blogger cm akk follow.. he3.. tanx ea kak! ^^

    ReplyDelete
  10. ini bagus (: tp bahaya lau curik identiti kiter.. lagi2 passwed. boleh hack (:

    ReplyDelete
  11. macam2 sekarang ni. even yang online kat rumah pun boleh kena hack depa punya personal details. so x semestinya online kat rumah selamat. kita hendaklah sentiasa berwaspada.

    ReplyDelete
  12. @mykhalis uikkk jangan risau sangat. baguslah kalau macam tu...

    ReplyDelete
  13. @black_mel memang ada... kalau search kat google mesti leh jumpa... banyak di pasaran sekarang ni...

    ReplyDelete
  14. @Miza Yusof sama-sama. kalau disalahgunakan, memang bahaya...

    ReplyDelete
  15. @toyolkiut sekurang-kurang tahu daripada tak tahu langsung... hehehe... sama2..

    ReplyDelete
  16. @Encik Blogger tu lah yang susahnya bila dipantau... cc mana tuh?

    ReplyDelete
  17. @Fasha ;DD susahnya kalau dah kena hack... abis semua nanti...

    ReplyDelete
  18. @geekz36 itu pun sama.. jadi kena hati2 lah bila online di rumah... mana tahu streamyx wireless leh kena hack... jiran2 semua leh seronok nak guna...

    ReplyDelete
  19. Assalam..

    Memang susah nak periksa kerana biasanya kedudukun cpu rapat kedinding & jika diletak dibawah meja lagi susah nak periksa

    ReplyDelete