Minum Petang Dengan Jemput-Jemput (Cekodok)



Petang-petang waktu lepas balik kerja, dalam keadaan hujan... memang sedap kalau minum teh panas dengan jemput-jemput (cekodok). Apalagi... jom kita ke dapur.

Masakan yang simple dan cepat. Mia gaulkan tepung gandum dengan garam dan campurkan sekali hirisan bawang. Kemudian dicampurkan separuh adunan tadi dengan air panas dan separuh lagi dengan air sejuk. Biar lembut, senang Sofea nak makan. Boleh dipelbagaikan dengan dicampur pisang, kentang, ikan bilis dan sebagainya.

Sebelum goreng, Mia celup sudu ke dalam minyak terlebih dahulu supaya tidak melekat. Sesi menggoreng kena hati-hati, Sofea suka sangat nak tengok apa yang mak dia masak. Selepas ditoskan minyaknya, jemput-jemput tadi dihidangkan dengan sos cili. 







Memang sedap dimakan panas-panas sambil santai-santai tengok televisyen. Kenyangnya...

Post a Comment

36 Comments

  1. memang sedap.esok balik uma,sruh ibu buat la..hehe

    ReplyDelete
  2. bape banyak nk letak air panas tu ek? ritu p bantai letak..pastu jadi berketul2 lak tepung nye..trus buang..huhu...

    ReplyDelete
  3. puan2..hari ni chef mia akan menunjukkan cara2 buat cekodok..hehehe..adoiii sedapnya,anak2 akak kalau makan ni hari2 pun takpa.Cekodok bawang,kejap cekodok ikn bilis,kadang2 boh udang..macam2 la..sos pulak cicah sos ready made jer..brand life tu..

    ReplyDelete
  4. wah , sedapnyer .... tak nak kasi sikit ke ??? hehehehe

    ReplyDelete
  5. ni cekodok mai nak mintak cekodok sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Sangat garing nampak dalam pic...sedap nye...^^'

    ReplyDelete
  7. Hallamak, e-mail ke sini sikit. Yumm :L

    ReplyDelete
  8. sedapnyer.... terliur tgk.. ermmmm. Kalau minum dengan teh, pasti sedap.

    ReplyDelete
  9. tq kak for info. sbelum ni xpnh ltk air panas pun kalo goreng cekodok.

    ReplyDelete
  10. sedapnye cekodok..slm ziarah dan jejak

    ReplyDelete
  11. huh sedapnya masakan ini. perutku menjadi lapar.....

    ReplyDelete
  12. @@in k@tie oo ok... cuba lah belajar buat sendiri kalau ada masa lapang...

    ReplyDelete
  13. @cik chinta sebenarnya kena buat dua adunan. 1 dicampur dengan air biasa, 1 lagi dicampur dengan air panas. Lepas tu, jadikan 1 adunan. Gaulkan sampai rata... Nanti lembut jemput-jemputnya... cubalah..

    ReplyDelete
  14. @khairul hisyam patutlah dengar perut sapa lah yang bunyi.. rupanya perut dia...

    ReplyDelete
  15. @Wan Fakhrul Rin kalau boleh masuk email... dah lama dah mia emailkan...

    ReplyDelete
  16. @Ein Auzai'y buatlah... memang best dan sedap... nak2 waktu hujan..

    ReplyDelete
  17. @VICKY memang pun... kalau nampak dah macam sedap.. apalagi kalau masuk mulut... tentu sedap..

    ReplyDelete
  18. @Faztee Danisha salam ziarah juga.. terima kasih sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  19. Wah, sedap nyer
    lapo blik perut ni ttbe (pdhal baru je lunch besor gn pegawai2) huhu

    btw, sys d tag

    http://officialaenlicious.blogspot.com/2011/02/my-1st-giveaway-by-shida-dan-esya.html

    ReplyDelete