Kursus Pengurusan Stor Kerajaan - Bahagian 1


Pada hari Rabu, 9 Februari 2011 sehingga hari Jumaat 11 Februari 2011 yang lepas, Mia telah mengikuti Kursus Pengurusan Stor yang dianjurkan oleh Yayasan Amanah Latihan Berkanun dengan kerjasama Unit Latihan Dan Kompetensi LPNM dengan Bahagian Kawalan & Pemantauan Perbendaharaan Malaysia dan Hilander Resources Sdn Bhd. Bertempat di MPC, Bandar Baru UDA.

Kursus ini disampaikan oleh En. Badarudin Dahlan. Peserta-peserta kursus merupakan kakitangan LPNM di seluruh Malaysia yang terlibat secara langsung dengan pengurusan stor. Banyak yang kami pelajari tatacara / prosedur yang betul dalam menguruskan stor Kerajaan meliputi :
  • Bab A - Penerimaan
  • Bab B - Merekod Sok
  • Bab C - Penyimpanan
  • Bab D - Pengeluaran
  • Bab E - Pemeriksaan
  • Bab F - Keselamatan dan Kebersihan
  • Bab G - Pelupusan
  • Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira
Yang paling berharga sekali ialah apabila dapat memahami sepenuhnya penggunaan Borang-Borang Kew. PS nombor 1 hingga  22. Kalau belajar sendiri memang payah nak faham. 

Apa-apa pun best la sebab dapat jumpa rakan-rakan sekerja di pejabat-pejabat negeri lain. Bila dah jumpa, waktu makan paling best nak berborak-borak. Ada-ada sahaja yang nak diceritakan. Seronok sangat sampai ketawa sakan. Opppss... cerita apa? Eh! rahsia.... Jamuan makan ada 3 kali sehari, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Bertambah tembam lah Mia lepas ini. Satu lagi kalau berkursus ini, kena lah pandai cari lokasi yang strategik. Mia duduk dengan Wani, Fidah dan Asmat... 2 baris dari belakang dan dekat pintu.

Jom tengok gambar-gambar semasa kursus.... zasss...











p/s: paling best bab makan.... pelik betul terus hilang ngantuk...

Post a Comment

18 Comments

  1. knur pun penah ikut kursus ni dengan YBBM jugak..masa tu tahun 2008 kalau tak silap..akak pegi jauh tau.kat sabah nu..er..penceramah dia Pak Badar :)

    ReplyDelete
  2. Kalau bab kursus ni, ada bahagian yang seronok dan ada bahagian yang mengantuk. :-)

    ReplyDelete
  3. Bestnyer kalu dpt joint...
    suka bab makan dan bab posing2.. hilangkan rasa ngantuk... heheheee

    ReplyDelete
  4. yg paling best leh lepak2.. n makan2 kan sis..hihi

    ReplyDelete
  5. salam..

    Seronoknya selalu berpeluang pergi kursus..Peluang yg ada jgn disiakan

    ReplyDelete
  6. Part makan memang kacang pon suka..ekekeke...^^'

    ReplyDelete
  7. @YUL tu la part yang paling best... psst mia dah baca entri kemayan tu... ish ngerinya..

    ReplyDelete
  8. @Princess Nur hmmm.. bagus kan kursus ni.. boleh memperkukuhkan kemahiran kita..

    ReplyDelete
  9. @Shafiq betul tu... bila belajar ngantuknya tak boleh ditahan-tahan...

    ReplyDelete
  10. @Sharifah nor uikkk hehehe biasalah perempuan memang macam tu...

    ReplyDelete
  11. @ozzy bukan selalu ada peluang.. bila nama dah naik... on aje..

    ReplyDelete