Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Sumber : Email
23 Comments
ALHAMDULILLAH...
ReplyDeleteselama neh sy tido mengiring ke kanan, Alhamdulillah xda masalah kesihatan lagi selama ni
saya tak suka tidur meniarap.
ReplyDeleteInfo yang menarik untuk dikongsi.Tapi satu jangan dilupe iaitu mengiring ke kanan mengadap ke arah matahari terbenam.
ReplyDeleteapa2 pon ikut cara islam adalah terbaik
ReplyDeletethanks sbb share ye..
ReplyDeletenice info..tapi tak suka tido meniarap la..
ReplyDeletethanks for the Info mia...^^
ReplyDeletelea x suke tidur meniarap so good for me la kan? hehehee
ReplyDeleteTq kak mia sbb share ngan kita info nie.. nasib baik selama nie shellya tidor mengiring ke kanan tp kadang2 kalu x leh nak tido mesti tido menyarap tau... ish2.. kena buang tabiat nie..
ReplyDeletekak pah mengiring ke kiri..patut ler selalu sakit dada..
ReplyDeletebagusnya info ni.. bolehlah saya perbetulkan cara mana yg tak betul tu.. thanks yer.
ReplyDeletebgus nih.. tpi suke on9 meniarap.. blh ke?
ReplyDeleteselame nie saye selesa tdor mengiring ke kanan.... naseb baek lah :)
ReplyDeleteJadi aturanya juga yach lok kita tidur.., :)) ru tau ne.. :-bd nice info kawand.. :)
ReplyDeleteseriously, sy tidur meniarap akak. mmg xblh tidur kalo xmeniarap. cmne ye?
ReplyDeletexpernah impi nk tdo meniarap sbb camlemas jer...selalunya mengiring kiri atau kanan jerla...
ReplyDeletekena start tido pengiring ke kanan ni. thank you for the info :)
ReplyDeletehehe bgus nya tips ni :D
ReplyDeletefatin baru tahu..
fatin x penh tidow meniarap..
tapi time bw selalu la meniarp hehe
emm fatin slalu telentang dgn migrg kekanan :D
alhamdullillah..tq 4 sharing sis..ifa mmg tdo mengiring ke kanan nie..cme kalu bw mmg meniarap la..hihi
ReplyDeletenice informatio sis...keep up
ReplyDeletelepas baca terus nak tido..hehe..praktik terus la
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletebagus info ini..thanx 4 shared
terima kasih di atas komen kawan2 sekalian...
ReplyDeletemia lagilah suka baca buku dan mengadap laptop sambil meniarap. tapi tidur tetap mengiring ke kanan...
harap dapat praktikkan untuk kesihatan kita semua... :)