Kamu Sembahyang Lima Waktu Tetapi....


Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.......
tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu , menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu ,dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu , menggunakan wang ringgit atau pun  pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir  mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Sumber : Email

Post a Comment

14 Comments

  1. nice sharing mia..
    terima kasih atas peringatan tersebut

    ReplyDelete
  2. =)
    kita sembahyang 5 waktu.. tapi tak sepenuhnya setiap waktu saat itu kita mengingat Allah..

    sebab tu..ada teman saya berkata..

    "siapa cakap dengan kamu kita sembahyang 5 waktu? kamu tahu tak..saya sembahyang setiap saat nafas saya.. insyaAllah..."

    saya tanya, ha?? apa plak.. kan sekarang kamu tengah berbual dengan saya..

    pastu kawan saya jawab " tapi apa kita bual kan? tentang Allah kan? kita bincang pasal fardhu ain kan? itu makna kita sentiasa mengingati Allah..bila kita sentiasa mengingati Allah..itu bermakna kita sedang solat.."

    =)

    ReplyDelete
  3. betul jugak..byk orang cakap.."sembahyang jer tiap2 waktu..tapi...."
    InsyaAllah akan tunaikannya setiap waktu dan memelihara dari melakukan perkara2 yg tetapi tersebut....

    ReplyDelete
  4. Sejuk hati baca pagi² jumaat ni...nice info mia...thanks for sharing...^^'

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas komen kengkawan sekalian. diharap tazkirah ini dapat menyedarkan kita yang kadangkala alpa dan leka...

    ReplyDelete
  6. jalan2..trus i follow u.. :)
    heeeee..
    entry byk yg mnrik ! chaiyok.. :)
    follow me yeah..:)

    ReplyDelete