Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
Pakaian Terkena Dakwat
- Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
- Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
- Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
Memutihkan Kain
Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
- Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
- Campurkan dengan air.
- Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
- Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
- Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
- Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian
- Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
- Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
- Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
- Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.
Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.
Mengekalkan Warna Kain Batik
- Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
- Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.
Melancarkan Perjalanan Zip
Jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.
Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.
Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
- Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
- Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
- Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.
32 Comments
bagus2 tq mia jumpa tip yg sangat berguna....tq kongsi info
ReplyDeleteMia Liana: byk tips yg bagus ni!
ReplyDeletehuh~ bergune tip nie utk..aku kkdg sukee jer tido smbil mnguyah gula2 getah..bgn2 abis satu bju ngn gule2 gtah
ReplyDeleteHah ! Keyword Paling Panas Di Malaysia, Semuanya Lucah?
@S..U..D..@..I..S sama-sama. kita semua sayangkan pakaian.
ReplyDelete@azzey terima kasih. untuk dikongsi bersama.
ReplyDelete@Anip™ tu lah... patut amalkan tips ni. nasib tak tertelan gula2 getah tu dalam tidur. bahaya tu..
ReplyDeletebagus punya tips...leh praktik nih
ReplyDeletewah..bagusnyer tips dari akak nie..
ReplyDeleteleh rujuk len kali :-)
great info. thanks =)
ReplyDelete@biskut terima kasih. selamat mencuba..
ReplyDelete@♥-- emieysandra --♥ terima kasih.. senang2 datang lagi, jenguk entri ni.
ReplyDelete@fiq thanks. your welcome...
ReplyDeletesangat berguna tip ini.
ReplyDeletetips yg baik ni.. Thanks yer..
ReplyDeletewah best tips2 nie sis.tq 4 sharing yaa..nt leh cube!hihi
ReplyDeletebest(^^)..nak try lah!
ReplyDeleteSalam Yong Mia, thanx for the tips! Boleh try nanti!
ReplyDeleteTips² ni memang berguna pakai...thanks Mia...^^'
ReplyDeletesata singgah balik.. dan follow, nice tips ni..
ReplyDelete@zmah terima kasih...
ReplyDelete@Hanis Azla sama-sama...
ReplyDelete@tiefazatie uikkk heheheh. cuba jangan tak cuba...
ReplyDelete@AkuHanyaPenulis terima kasih..senang2 nanti cubalah yek?
ReplyDelete@MOH KEMBARA sama-samalah kita praktikkan... :)
ReplyDelete@grOundnUt sama-sama...
ReplyDelete@mofaizmz terima kasih sudi follow mia balik.
ReplyDeletethnks, yebbit ley pakai balik dah yebbit nye baju tu la camne. huu
ReplyDelete@yebbit . ok.. sama-sama...
ReplyDeletebagus2...menarik tips-tips yg ada ni...mcm2..kdg2 bila kena dakwat ker..darah ker..karat ker..dah xtau nk watper
ReplyDeletehye sis.. klOu nak kembalikan warna baju yg dah luntur,cmne,ea.? bju sya,colour hitam,dah lama xpkai..turun colour la..syg je..
ReplyDelete@Anonymous yang kes macam ni, akak tak tahu lak nak wat camne.. beli yang baru je la nampaknya.
ReplyDeleteInfo yang amat berguna
ReplyDelete