Leganya.. Dah Hantar Asignments Secara Online Semalam

Tentu perasan, kan? Mia agak sibuk kebelakangan ini dengan 2 assignment. 1 assignment (Human Computer interaction) Mia dah siapkan minggu lepas. 1 lagi belum (Management of Information System). Tu yang sibuk sangat menyiapkan assignment yang satu tu.. yang tak siap-siap. Sofea pula setiap malam tidur lambat hampir pukul 3.00 pagi baru tidur. Asyik nak main je.

Banyak sangat fikir sampai tak tahu mana satu yang nak dimasukkan. Bukan senang nak karang sebab idea perlu diolah dan kena beri contoh. Oleh kerana dah 2,3 hari ni mengarang English, maka hari ni, Mia karang entri dalam bahasa Melayu. Kesian, kasi otak rehat dulu, semalam dah kerja berat berhempas pulas.

OUM sekarang dah tak macam dulu. Sekarang hantar assignment pun dah online. Tak boleh lah ada alasan nak hantar lambat ke.. no excuse. Semuanya ada dalam myVLE system. Memandangkan semalam tarikh terakhir hantar assignment bagi kebanyakan subjek, ramailah student OUM yang last minute hantar termasuk lah Mia. Wajib hantar paling last pun pukul 11.59mlm tadi. Server macam agak busy juga. 

Assignment Human Computer Interaction, Mia hantar dalam pukul 10.00 pagi semalam. Agak lambat respond reply dari server.. hmmm nak dekat 2 minit baru sent.  Assignment Management of Information System pula, Mia hantar dalam pukul 7.30 malam semalam. Hmm macam cepat pula... dalam masa tak sampai seminit dah sent. Apa-apa pun Mia tak lupa untuk print Slip Penghantaran Assignment sebagai bukti penghantaran.

Meh kita tengok myVLE system di ruangan assignment pada hari ini. Nampak tak,? Dah tutup. Dah tak boleh nak upload file assignment ke dalam server kalau terlepas tarikh semalam.



Kalau dahulu, student OUM hantar pada face-to-face tutor (lecturer). Print dulu lah. Kadang masalah printer lah, kertas tersangkut lah, ink dah habislah. Pelbagai alasan dibuat untuk hantar lambat. Sekarang tidak lagi. Kena hantar juga pada tarikh yang ditetapkan. Apa yang terjadi.. tonggang langgang ke... kena siapkan juga. Yang penting kena ada akses ke dalam internet dan terus upload file assignment dan submit.

Hari ni rasa lapang betul bila satu beban yang berat dah settle. Selepas ni kena buat persiapan untuk menghadapi final exam pada bulan 12 ni. 

p/s: Mia nak minta maaf pada kawan-kawan yang ada nak minta tolong betulkan error programming kat library semalam. Memang Mia tak dapat nak bantu. Mia sendiri pun busy siapkan assignment...

Post a Comment

19 Comments

  1. good luck in your studies. Hope it works out fine

    ReplyDelete
  2. @Small Kucing thanks.. hoping to maintain CGPA until end of the study..

    ReplyDelete
  3. @grOundnUt thank you for your concern.. really appreciate it..

    ReplyDelete
  4. dahs elamat antar...zaman skang seme nk online kan...dah makin maju..kertas pun jimat..internets atu kemestian yg harus ada

    ReplyDelete
  5. @LyNn'Azlina lega sangat2, dah hantar. tu la.. sekarang semua guna online..

    ReplyDelete
  6. @nora terima kasih... atas sokongan yang diberikan..

    ReplyDelete
  7. bangga tengok semangat kak mia :) nak ade semangat camni jugak.huhu

    ReplyDelete
  8. kak mia, good luck :)
    all the best for you :)

    ReplyDelete