Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Mia suka kisah ni, banyak unsur-unsur nasihat dan motivasi walaupun ada sesetengah blogger dah paparkan kisah ini. Sebuah nasihat dari pepatah lama orang Cina yang benar-benar membawa keinsafan kepada kita. Setiap orang ada kekurangannya yang tersendiri. Betapa sifat kekurangan itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.
Jom baca kisah ni... zassss....
Seorang wanita tua Cina mempunyai 2 bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.
Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.
Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. "Aku sangat malu dengan diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu". Wanita tua itu tersenyum, "Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu tetapi tidak di laluan pasu yang satu lagi?". "Itu kerana aku selalu menyedari betapa kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu".
"Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini".
Sumber : Email
Sumber : Email
16 Comments
kina pun suka baca cerita² yg macam ni.
ReplyDeletedah penah terbaca kisah pasu retak ni...pengajaran dan peringatan yang sangat berguna buat kita...
ReplyDeletebestnya ctr ni..dsbalik apa y kita kjekn,kita x sdri tlh memberi kebaikan kpd org len..
ReplyDeleteBtul tu Lynn, pengajaran untuk kita semua untuk menghargai apa yg kita ada & jgn mudah berputus asa walau kita punya kekurangan..
ReplyDeleteManusia selalu melihat kekurangannya,
ReplyDeleteyg dia ada tidak dipedulikan.
best baca cte2 camnie..ada maksd yg tersirat kan..=)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewalaupun pernah baca tapi x jemu utk membaca berulang kali
@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. mia pun sama juga... supaya kita sentiasa beringat...
ReplyDelete@LyNn'Azlina memang pun... untuk dijadikan iktibar...
ReplyDelete@edi_fm32 ya betul... terkadang kita tidak perasan...
ReplyDelete@Myra Jay ya.. usaha itu tangga kejayaan...
ReplyDelete@thomas sebab itu kita kena hargai apa yang kita ada.. jgn nak asyik betulkan yang kekurangan aja...
ReplyDelete@tiefazatie banyak yang tersirat dan tersurat... kena pandai tafsir..
ReplyDelete@ozzy memang pun.. mia juga xjemu... sebab best jalan ceritanya..
ReplyDeleteone of my lecturer always told us bout this stori:)..thnx cz fllwing me..(^_^)
ReplyDeletedisebalik kekurangan, ada kelebihannya...
ReplyDeleteblogger yang nak kurangkan berat badan, jemput tgk http://intan-fiber.blogspot.com