Final Exam Bagi Semester September 2010


Rasanya belum hilang lagi penat buat assignment, dah nak final exam bulan Disember ni. Ini adalah semester terakhir yang dikira dalam Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2010 yang Mia terima tahun ni. Bererti kenalah maintain CGPA. Kalau prestasi bagus, harap OUM dapat tawarkan lagi Anugerah Dermasiswa untuk tahun depan (berangan je). Semoga Mia akan dipilih semula untuk tahun depan... amin..  Siapa yang tak nak belajar free... inilah impian Mia sejak mula-mula sambung belajar OUM dulu. Sekurang-kurangnya Mia dah cuba sedaya upaya.... jadi taklah ralat sangat...

Jadual final exam Mia kali ni agak bernasib nasib baik kerana tarikhnya ada jarak antara satu sama lain. Jadi ada masa dan ruang untuk study. Taklah kelam kabut sangat.

18 Disember 2010 (Sabtu)
Human Computer Interaction

27 Disember 2010 (Isnin)
Introduction to IS Audit, Security & Control

29 Disember 2010 (Rabu)
Management of Information System

Antara 3 subjek ni, IS Audit lah yang Mia tak berapa berkenan sangat. Banyak sangat term yang perlu difahami. Dahlah format MCQ, kalau tak baca memanglah tak dapat jawab... En Yahaya memang banyak pengalaman dalam subjek, cuma Mia je macam susah hati kat subjek ni. Takut soalan keluar yang bukan-bukan.

Yang 2 subjek lagi tu dalam format essay. Bersiap sedialah untuk mengarang dan mengolah konsep. Kalau soalan format essay ni selalunya Mia akan bagi justification dan example. Kalau takde idea nak karang, selalunya Mia akan lukis diagram dan terangkan skit-skit. Sekurang-kurangnya ada markah skit daripada takde langsung.

Setiap hari mulai esok, Mia akan cuba peruntukkan 2 jam untuk study. Paling teruk pun mesti study 1 jam untuk satu hari.. Pendek kata setiap hari kena sentuh buku. Mia doa sangat agar dapat jawab exam dengan betul dan dapat mengekalkan prestasi pelajaran Mia. Sebenarnya Mia terlalu takut kalau tak dapat jawab. Bak kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Perlu kuatkan semangat.. mental dan fizikal.

p/s: nak wish good luck kat kengkawan lain yang tengah struggle untuk final exam juga..

Post a Comment

19 Comments

  1. hus pun exam jugak sekarang ni~ esok habis

    ReplyDelete
  2. women power!!! semuga berjaya dalam semua bidang yg diceburi..susah jgk ya nak bahagi masa utk buat semua tu...

    ReplyDelete
  3. terima kasih semua... ni yang buat mia lebih bersemangat nak exam... terima kasih banyak2 ya...

    ReplyDelete
  4. kak mia..wat leklok :D
    gud luck tau hehe :D

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua di atas sokongan yang diberikan.. mia akan cuba yang terbaik... :)

    ReplyDelete