Mia tahu di luar sana tentu ada pelajar-pelajar OUM yang betul-betul berminat ingin mengetahui bagaimana Mia boleh ditawarkan Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2010. Tidak dinafikan yang yuran pengajian di OUM agak tinggi dan ini juga kadangkala agak membebankan memandangkan kebanyakan pelajar-pelajar OUM ramai yang sudah berkeluarga dan berkerjaya. Faktor kewangan memang penting selain dari faktor masa. Ini lah cabaran yang paling hebat bila menjadi pelajar OUM.
Mia sebenarnya tidak menjangka akan ditawarkan dermasiswa ini, kerana bukan mudah dan tentu ada pelajar lain yang lebih layak. Alhamdulillah, Mia syukur sangat tahun ini Mia dapat belajar free. Apa-apa pun prestasi pelajaran harus dikekalkan dan dipertingkatkan.
Tanpa membuang masa, jom kita tengok terma dan syarat dermasiswa OUM ini.
- Pelajar adalah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang sedang mengikuti program pengajian di OUM peringkat Diploma atau Sarjana Muda; dan
- Tidak menerima tajaan daripada mana-mana agensi Kerajaan dan sebagainya; dan
- Telah mengikuti pengajian di OUM sekurang-kurangnya untuk tempoh 1 tahun akademik; dan
- Anugerah ini berbentuk pengecualian yuran pengajian per kredit untuk satu tahun akademik; dan
- Mengekalkan PNG tidak kurang dari 3.67 setiap semester yang ditawarkan anugerah; dan
- Bebas daripada sebarang tindakan tata tertib oleh pihak universiti; dan
- Tidak menangguh pengajian melebihi 2 semester berturut-turut di sepanjang tempoh penerimaan anugerah ini; dan
- Pihak universiti berhak menarik balik Dermasiswa Universiti pada bila-bila masa, jika penerima didapati melanggar undang-undang negara yang membawa kepada hukuman yang dijatuhkan; dan
- Penerima yang berjaya dikehendaki menandatangani borang akujanji yang disediakan pihak universiti; dan
- Keputusan pihak universiti berhubung dengan perkara ini adalah muktamad; dan
- Pihak universiti berhak pada bila-bila masa menurut budibicara mutlaknya untuk membuat pindaan, penambahan atau pengecualian kepada mana-mana syarat dan peraturan yang terdapat dalam Anugerah ini, ataupun untuk memansuhkan anugerah ini.
Di harap perkongsian maklumat yang berguna ini dapat membantu pelajar-pelajar OUM lain yang berminat untuk mengetahui tentang dermasiswa. Sekiranya ada kemusykilan, boleh lah tanya Mia dan Mia akan menolong setakat yang termampu.
Kepada pelajar-pelajar universiti lain, belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan yang terjamin. Sesungguhnya masa itu adalah emas.
8 Comments
wah..tahniah sis..moga sis akan terus berjaya..=)
ReplyDeletekak mia taniah!!!! :)
ReplyDeletewalaupn dah jadi ibu kak mia msh berjaya utk dptkan semua ni..
wahhh srnok sgt :)
again taniah yar :D
terima kasih..tiefazatie dan fatin...
ReplyDeleteterharunya akak...
tahniah kak mia. semoga success selalu :)
ReplyDeleteterima kasih, miza...
ReplyDeletetaniah kak :) ni pun nak berfikir nak study blk, tp bujet pula masalah..:(
ReplyDeleteterima kasih..yatie...
ReplyDeletememang bajet tu penting...tu lah faktor ramai pelajar part time ni selalu belajar separuh jalan je .. xabis..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete