Mak mana yang tak risau kalau anaknya demam.. Kalau boleh nak cepat-cepat sembuh. Kalau budak asyik rengek je, hati tentu tak senang. Status kesihatan Sofea semakin pulih, walaupun malam tadi dalam pukul 11.00 tiba-tiba panas. Mia dan suami terpaksa mandikan Sofea dengan air biasa. Alhamdulillah, lepas tuh dah reda dan suam sehingga kini. Sofea masih lagi diberi minum ubat homeopati yang 4 jam sekali. Rasanya sehingga malam ni, baru habislah ubat tu.
Mia puas hati dengan ubat homeopati, cepat keluarkan panas dalam Sofea dan ruam panas keluar bermula semalam. Alhamdulillah, ruam panas di badan Sofea dah mula kurang selepas sapu krim dan bedak Agnesia.
Sofea sekarang kembali ceria dan aktif, asyik nak main je. Sempat juga Mia snap gambar Sofea pagi tadi masa dia bangun dalam pukul 5.30 pagi. Memang dah rutin Sofea bangun awal pagi walaupun tidur lambat. Masa mengandungkan Sofea dulu, waktu awal pagi ni lah, Mia sibuk belajar dan ulangkaji pelajaran.
p/s: apa-apa pun Mia rasa lega sangat dan boleh lah lepas ni Mia nak siapkan assignments pula.... buat pelan-pelan...
13 Comments
alhamdullilah...dah sihat dah adek sofea..lega hati kak mia kan..cpt2 sembuh dik!leh main2 ngn mama..hihi
ReplyDeletesmoga cepat ye sofea...sian kak mia..hihi.. ^_^
ReplyDeletemia: alhamdulillah dia dh mula sihat ye...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sofia dah ceria kembali..
ReplyDeletealhamduLILLAH...sofea dh kembaLi ceria....
ReplyDeleteterima kasih semua... mia hargai komen anda sekalian... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah sofea dah beransur sihat..tapi kena monitor jugak..sebab kalau demam gini kdg2 on off..jerk..tapi hopefully terus baik laa..
ReplyDeletesyukur la tu sofea dah sihat.mmg stress sangat if anak sakit kan
ReplyDeletealhamdulillah dh sihat
ReplyDeletesekarang ni musim demam agaknye... maybe psl jerebu kot... ari tu anak-anak pon demam... pas tu skang mama dorang lak rasa x sedap tekak nih.. uhuk3
ReplyDeletealhamdullillah kak mia..
ReplyDeletesofea dah lega gak :)
demam pans pun bahasa sekrg
kena ambik serius gak
comelnya..:)
ReplyDeleteterima kasih semua... tu lah sekarang ni tengah musim anak demam. cuaca panas sangat kat jb ni.
ReplyDeleteWalaupun sofea dah reda demamnya, Mia sentiasa monitor dia. takut berbalik semula.