Nampak gayanya Semester September 2010 ni, takde rehat sangat. Aduss! Tamparan hebat buat Mia kali ini. Subjek-subjek yang Mia ambil semuanya Elektif. Tak pe.. lagi. Yang paling Mia tak tahan tu tang jadual waktunya. Tiap-tiap minggu ada kelas. Boleh tahan ke? Minggu ni hari Ahad.. minggu depannya hari Sabtu... dan berterusan sampai 5 kali. Sanggup ke nak hadapinya?
Pening kepala juga memikirkannya. Dah tahun ke-3, jadual macam dah takleh nak adjust. Fixed already. Have to follow. Hmmm.. ada juga kang nanti ponteng kelas. Mia sebenarnya sayang nak ponteng kelas. Setiap kelas begitu berharga buat Mia. Bukan senang ada peluang nak jumpa tutor ni. Cuma 5 kali je setiap semester. Tapi bila memikirkan ada lagi 4 semester yang perlu dilalui, sedapkan hati teruskan aje. Nanti tup-tup dah habis belajar. Kalau ikutkan jadual, semester terakhir Mia adalah Semester Januari 2012. Eeee... ngeri bila dengar.. macam lama.. tapi sebenarnya macam sekejap je.
Always think positive! Itu lah prinsip yang Mia amalkan dari dulu lagi. Mia ni terlalu sangat cerewet nya apabila nak belajar. Habis setakat diploma lanjutan je. Kalau tak dari dulu lagi dah abiskan degree. Mungkin dulu masanya tak sesuai, sekarang mungkin masanya lebih sesuai sebab dah berkeluarga. Rasa tenteram dan aman skit emosinya.
Rasanya macam semalam saje baru habis exam untuk Semester Mei 2010, ni dah nak start belajar semula. Esok dah nak kena ambil modul subjek-subjek ni kat OUM Stulang. Tak lama lagi nak raya.. harap-harap kelas start lepas raya... amin...
Apa-apa pun Mia bersyukur sangat dapat dermasiswa untuk tahun ini. Lega skit kewangannya. Result semester lepas belum keluar lagi. Takut sangat, mana tahu tak dapat nak kekalkan pointer. Yang penting kita harus berusaha dan terus berusaha... Hanya Allah yang menentukan segalanya.
p/s: Esok kena datang awal ke OUM Stulang. Bawa Sofea sekali lah nampaknya. Kalau datang lambat, nanti lama lah kena tunggu.
7 Comments
xpe sis..chaiyok2!
ReplyDeleteoh..good luck dan semoga berjaya
ReplyDeletesalam..bagus mia..semangat ni lah yg kita nak. kawan2 saya ramai yg buat pjj gak.ada yg ulang-alik dr tganu ke kl, kuantan ke kl tiap2 minggu.walaupun penat dgn keje n keluarga kenala sbr.penat lelah pasti akan berbaloi bila dah grad nanti
ReplyDeleteterima kasih kengkawan...ni yang buat Mia lebih bersemangat...
ReplyDeletebersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian :)
ReplyDeletekak mia...gdluck tau!
ReplyDeleteapa2 pun do ur best :) caiyok!!!!!!!!!!!! :D
gnesop : tu lah... nak juga abiskan belajar.
ReplyDeletefatin hanani : thanks.. for the support..