Gila tak gilanya perempuan zaman sekarang. Sampai minyak masak yang patut buat goreng ayam dengan tempe pun dia hentam suntik dekat muka. Akibatnya, tengoklah sendiri. Dah macam ayam goreng yang baru masak separuh jalan, tiba-tiba gas habis.
Perkara ni dilakukan oleh seorang wanita korea yang berusia 48 tahun, Hang Mioku. Mioku mengaku telah mula menjalani pembedahan plastik semasa berusia 28 tahun. Sejak itu, Mioku mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Mioku memilih untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik yang murah dan tidak selamat untuk memenuhi keinginannya.

Wajah Mioku sebelum dibedahplastikkan.
Makin lama apabila sudah terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, muka Mioku mula menjadi tak berbentuk dan membesar. Walaupun begitu, Mioku tetap menganggap wajahnya cantik dan menarik.
Sebelum dan selepas.
Sampai satu masa, doktor tempat Mioku sering mendapatkan khidmat bedah plastik tidak sanggup lagi untuk melayan permintaannya. Doktor tersebut menasihatkan Mioku untuk berjumpa dengan pakar psychiatric bagi merawat ke-obsess-an Mioku terhadap bedah plastik yang dianggap sebagai suatu sindrom dari masalah psikologis.
Perubahan besar yang terjadi pada wajah Mioku menyebabkan keluarga dia sendiri pun tak dapat nak cam dia lagi. Mak ayah Mioku menghantar Mioku ke doktor untuk merawat wajahnya, tapi oleh sebab rawatan tersebut memerlukan biaya yang besar, Mioku kembali melakukan kebiasaan lamanya iaitu mendapatkan khidmat bedah plastik yang murah dan berbahaya.

Hingga akhirnya, Mioku berjumpa dengan seorang doktor yang bersedia memberikan suntikan silikon. Bahkan, doktor tersebut juga memberikan Mioku jarum suntik dan silikon supaya Mioku dapat menyuntikkan silikon ke wajahnya sendiri. Malangnya, bila dah kehabisan bekalan silikon yang diberi kepadanya, dia menggantikan silikon tersebut dengan minyak masak.
Kejadian yang dialami Mioku akhirnya diketahui oleh orang ramai. Melalui satu rancangan di televisyen, penonton merasa kasihan dan memberikan sumbangan untuk Mioku bagi memperbaiki wajahnya kembali.
Pada pembedahan pertama, doktor berjaya mengeluarkan 60 gram cairan asing dari wajahnya, dan 200 gram dari lehernya. Setelah beberapa kali dibedah, wajah Mioku mulai mengecil. Namun, wajahnya masih belum dapat kembali ke bentuk normal.

Mioku menyesal dengan perbuatannya dan berharap agar wajahnya dapat kembali lagi seperti sebelum melakukan pembedahan plastik.
p/s: bersyukurlah atas apa yang kita ada...
25 Comments
ish2... tula bila ciptaan tuhan diubah.. dapat cash terus,,
ReplyDeletewaaa...
ReplyDeletetakot melihat nya....
dah elok2 cantik gatai nak bedah2...huhu
manusia yang tidak pernah2 bersyukur. semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu. insyaALLAH.
ReplyDeletepengajaran kepada yg mengejar kecantikan sampai sanggup buat apa sahaja..
ReplyDeletebila tidak puas hati ciptaanNya.. itu lah jadinya.. skrg dah nak kembali kpd asal plak.. ikss
Janganlah mengubah ciptaan Allah kecuali apabila memudharatkan jika pada kedudukan asal.. terimalah apa yang ada dan bersyukur..
ReplyDeletebersyukur dengan apa yang ada sekarang ini..
ReplyDelete^_^
nauzubillah......
ReplyDeletepehhh gile babeng...
ReplyDeletekasihan dia..
ReplyDeleteAduh, kesian...tak boleh bedah sembarangan...
ReplyDeleteciannye..kte kena bersyukur dgn ape yg kte ade kan..=D..jgn tamak
ReplyDeletefirst time singgah sini
ReplyDeleteseb baik tinggal jejak kat chatbox
huh, kesian la plak tengok mangsa
tp nk buat camne, dh ni jalan yg die pilih
moga menjadi pengajaran kpd yg lain
salam..
ReplyDeleteish2 teruknya muka dia..
jgn ubah cipta Allaw swt..
takotnya tengok~ ngeee~ T____T
ReplyDeletesebagai pengajaran pada kita semua..bersyukurlah dgn apa yg ada..
ReplyDeleteish~ geli tikus tengok o.O
ReplyDeletekasihan..
ReplyDeleteterlalu obses la tue..
da lawa pe muka die turh..isk2
ReplyDeletepergh...sanagt terokk..
ReplyDeletelawa sangat lah tu..haih...kesian pun ade
singgah cni ya mie..maaf ya..ros tak leh reply di shoutbox..lappy nye skrin kecik sgt..hu2...
ReplyDeleteish..cian betul..tp ada ke smp minyak masak die sggp suntik kat muka...
ReplyDeletesusah lah bila terlalu obsess nk cntik...
ReplyDeleteadoi..keciannya..inilah padahnye orang tak reti bersyukur.muka asal die dah elok cantek dah tapi nak tak bersyukur.aduyai..
ReplyDeletewah sgt2 effect muka dia..
ReplyDeleteemm so ni satu pngajran kat sapa yang suka nyuntik2 nih ..kan kak mia.?? :)
so biar la rupa kita seprti mana yang tlh dicpta..jgn sklai2 kita mengubahnya :D
tu la org klu dh x tau besyukur,suka sgt buat benda x berfaedah...akhirnyer....eeemmm....terimala padah...
ReplyDelete