Top/Bottom Floating Bar Message

 
Tutorial ini akan membantu anda dalam membuat Mesej dalam bentuk bar secara terapung apabila laman blog anda di scroll ke atas atau ke bawah. Mesej terapung ini akan bergerak dengan lembut ke atas dan ke bawah. Ia tetap akan kekal di kedudukannya yang asal.

Mesej ini boleh menarik perhatian pengunjung laman blog anda dan anda boleh menukar teks mengikut kehendak anda seperti yang dipaparkan dalam blog Mia ini.

Terdapat 2 script untuk menghasilkan mesej terapung ini.

Top Bar Script 1


Top Bar Script 2

Top Bar Script 1 dan 2  perlu di copy (Ctrl + C) dan di paste kan (Ctrl + V) ke dalam Gadget Baru dengan cara, Add a Gadget -> HTML/Javascript. Lokasinya di bawah Header Blog Title. Contohnya, Mia letak HTM/Javascript Gadget yang baru tu di bawah Header Blog Smile..Smile..Smile..


Ada 2 HTML/Javascript yang perlu anda buat. Satu untuk Top Bar Script 1 dan satu untuk Top Bar Script 2.

Perubahan Yang Boleh Dilakukan

Untuk perubahan mesej teks, anda hanya perlu menukar teks yang berada di dalam Top Bar Script 2 sahaja.  Contoh yang diberikan adalah "Tutorial membuat Top/Bottom Bar Floating Message oleh Mia Liana. Selamat mencuba!"

Background Color di dalam Top Bar Script 1 boleh diubah ikut selera anda. Contoh yang diberikan ialah white.
background-color = white; 

Kedudukan mesej bar terapung ini boleh diubah samada "frombottom" atau "fromtop" di dalam Top Bar Script 1. Contoh yang diberikan ialah "frombottom"

var verticalpos="frombottom"

Dan inilah hasilnya...


Selamat mencuba!

p/s: Sila tinggalkan komen di entri ini sekiranya anda ada pertanyaan atau menghadapi masalah dalam membuat tutorial ini.

Post a Comment

24 Comments

  1. thanks for ur info... nampak macam menarik..nanti boleh cuba ... :)

    ReplyDelete
  2. macam menarik. tengah testing,hehe :D

    ReplyDelete
  3. kenapa saya buat tak jadi ? then add a gadget saya takde dekat belah atas lah. dia ada dekat bawah. pastekan code dia dekat situ tapi tak keluar jugak :(

    ReplyDelete
  4. Cuba sekali lagi. Mia tengok kat blog Hencik Virus tu ada header blog (gambar baby lelaki). Di bawahnya ada Google Translate menu.

    Letakkan gadget baru(HTML/Javascript) tu betul-betul dibawah header blog tadi.

    Buat 2 HTML/Javascript Gadget. Satu untuk Top Bar Script 1 dan satu lagi untuk Top Bar Script 2.

    ReplyDelete
  5. actually saya dah tukar template baru. then dia punya style,add a gadget dah takde dah dekat bhgn atas,cuma ada dekat bhgn tepi and bawah sahaja. atas memang dah tak ada.

    ReplyDelete
  6. huhuhu... cuba nak copy code tu tapi tak boleh lah....
    dia keluar alert "oooppss. function disable"...

    ReplyDelete
  7. Ok. Akak baru je test untuk buat google translate kat blog perinionsb@blogspot.com (menggunakan template blogger yang baru)

    Untuk template baru, add gadget hanya ada kat bawah. Tak pe, jangan risau.

    Klik je add gadget tu, pilih HTML/Javascript, paste kan coding. Lepas siap, drag/tarik gadget yang baru siap tuh, bawa ke bawah header blog. Tarik jangan lepas sehingga gadget tu betul-betul berada di bawah header blog.

    Bila dah siap, buat lagi yang kedua sehingga selesai.

    Jangan lupa Save dulu baru View Blog

    ReplyDelete
  8. Shannice : Sorry akak terlupa nak buka code block right-click.

    Ni dah boleh guna. Cubalah.

    ReplyDelete
  9. tutorial yang menarik ;) thx 4 sharing :D

    ReplyDelete
  10. blog yang telah berjaya buat tutorial ini...

    http://kotakseni69.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. eiiiiii...nk try gak kak mia!!! check blog alin yek!

    ReplyDelete
  12. tahniah alin dah berjaya buat...
    http://alinworld.blogspot.com

    mungkin perlu ubah skit width nya kat top bar script 1
    width: 400px;
    cuba kurangkan skit mungkin 380 ke, supaya mesej tu ngam2 dengan kotaknya.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kak Liana..dah berjaya buat..tp tak adjust lagi..hehe :)

    ReplyDelete
  14. hmm tahniah mommy pinky...juga telah berjaya buat tutorial ini... http://babybiey.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. dah kecikkan..tp mcm xde effect pe2 jek...

    ReplyDelete
  16. ok... tinggal ubah mesej sendiri ..

    kawan-kawan, blog azwa http://itsmelailaazwa.blogspot.com dah berjaya buat juga..

    hmmm.. makin ramai juga student2 Mia ni... senyum sokmo!

    ReplyDelete
  17. yayy berjaya buat...siap dah customize sendiri... cepat sis... tengok...

    ReplyDelete
  18. kak mia klu nak wat shout box cm kak mia wat 2 cm na lak.??
    yang dia tergantg 2 hhehe

    ReplyDelete
  19. coding untuk gantung shoutbox tu ramai blogger dah buat tutorial. Tapi kalau yang nak letak gambar sendiri.. adjust tuh nanti akak akan masukkan dalam tutorial seterusnya... tak dapat janji bila...mgkin lepas exam. :)

    ReplyDelete
  20. Salam, kak mia,
    saye ada problem placing sikit.
    Cuba akak check, okay x?
    Tq :)

    ReplyDelete
  21. salam.. kak mia, saya cuba buat tetapi x jadi...

    ReplyDelete
  22. @saffa hamzah uikkk jadi ke? ishh cuba buat pelan2... memang leceh sedikit...

    ReplyDelete