Tips Menghapuskan Anai-Anai


Semalam kita telah mengetahui tips menghapuskan lipas dengan cara selamat. Hari ini Mia hendak berkongsi dengan anda semua tips untuk menghapuskan anai-anai pula. Sumber didapati dari emel rakan. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. Tapi masi boleh mencuba.

Jika anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah, seharusnya panggil exterminator profesional. Buat sendiri amat payah.

Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang rumah, di sini ada beberapa tips yang boleh membantu.

Mengenali Anai-Anai
  1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati
  2. Anai-anai ada berpuluh spesies. Yang putih, yang kuning, yang perang .... Permaisuri anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelkatu yang berterbangan.
  3. Kalau nampak banyak kelkatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
  4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
  5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.
  6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang menghadamkan serat kayu yang ditelannya.
Selepas mengenali anai-anai, maka dah tiba masa mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita
  1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang dicantas.
  2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah
  3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.
  4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.
  5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.
  6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.
  7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.
  8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.
Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak.

Pembasmian anai-anai yang telahpun berhimpun di dalam rumah :
Kes berat ni, tak boleh buat apa-apa. Ni kerja susah. Panggil je pakar.

Jika inginkan kepastian anda boleh bertanya dengan pakar pembasmian anai-anai atau cari maklumat tambahan di dalam internet.

sumber : emel

Post a Comment

12 Comments

  1. hehe..tertarik ngan info ni.. tp mslhnye, umah saye umah flat.. tingkat 3..tp anai2 masih leh naik..msuykil tol..abis sume kayu n buku dimakannye... ade info xcmne nk hapuskan die cara yg senang..hehe.. xde xpelah...pepun nice info~~~ thanks~

    ReplyDelete
  2. info percuma ni..tapi kena rajin utk amalkan..:-)

    ReplyDelete
  3. wah anai-anai pula. kat umah tak der ler plak anai-anai...tapi tima kasih atas info tu

    ReplyDelete
  4. tima kasih. info tambahan untuk jaga rumah, ptg nihh dah byk kes siling runtuh sbb anai2 dok kejakan kayu kat bumbung tu

    ReplyDelete
  5. owhh ok thnks sbb bagi tips ni../
    duluw umah fatin asyik ja kena anai2..
    yang jadi mgsa bilik fatin la :(

    ReplyDelete
  6. salam,
    nak tanya lah..mana nak dapatkan serbuk borax tu? puas dah cari kat kedai hardware..x jumpa2 pun.

    ReplyDelete
  7. huarghhh.. bilik sedang diserang anai2.. eee seram sejuk tengok.. rase mcm depa merayap sampai atas kepale... eeee... setiap penjuru depa serang.. sapa lah queen tu ye? rase mcm nak berkenalan je.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk bahaya tu. kalau dah kena serang, kena cepat-cepat bertindak. jangan biarkan lama.

      Delete
    2. Anai2 24 jam kerja dia mkn ja terutama kayu.tp kalo dh lapar sume yg blh dia sapu.td da try boh ubat serbuk mcm ubat utk semut gak....harap2 membantu....takat skrg xda g kes kat umah.kat luaq umah byk sarang dia

      Delete
  8. G je kdai h.ware..bli racun anai2 jenis cecair..bancuh ngn air..sembur kt sarang bertubi2..kompom mati...lau x anai2 tu mati,ko yg mati nanti..

    ReplyDelete
  9. If you desire to improve your familiarity simply keep visiting this site
    andd be updated with the most recent gossip posted here.

    ReplyDelete