Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
- Memijak atau memukul lipas dengan kasut atau suratkhbar atau penyapu.
- Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat juga, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan dilap betul-betul dengan air dan sabun.
Membunuh lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun :
- Sediakan botol yang ada kepala spray.
- Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi.
- Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya.
- Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan
- Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Memerangkap lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun :
- Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jem/madu.
- letakkan sedikit serbuk kopi atau koko ke dalam botol.
- Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas.
- Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
- Bila dah terperangkap, srap lag dengan air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur :
- Jaga kebersihan.
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
- Selalu cuci bilik air.
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya.
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dengan vacuum. Juga buat sama di dalam laci-laci di rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan ke dalam bakul standby untuk basuh. Lipas seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga atau bunga betul dalam rumah. hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas :
Racun Buatan Sendiri
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri orang putih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
- Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dengan silicon atau kapur.
- Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dengan grill yang rapat. Begitu juga dengan siling.
Racun Buatan Sendiri
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri orang putih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Perlu ingat racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, diminta jauhkan dari kanak-kanak.
Bahan-Bahan untuk racun buatan sendiri :
Bahan-Bahan untuk racun buatan sendiri :
- 1 bahagian serbuk borik acid (yang selalu digunakan untuk buat mee kuning)
- 2 bahagian tepung gandum
- 1 bahagian koko
Kesemua bahan tadi digaulkan di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu, tau! Sebelum mula, ikat sapu tangan kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya. Basuh tangan anda!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas akan makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna coklat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat nak membesar dan membiak.
sumber : emel
p/s: Mia harap agar info ini amat bermanfaat kepada mereka yang mempunyai masalah lipas di rumah. selamat mencuba!
sumber : emel
p/s: Mia harap agar info ini amat bermanfaat kepada mereka yang mempunyai masalah lipas di rumah. selamat mencuba!
19 Comments
Akak... saya main redah je kalau nampak cicak.. guna cara tidak bijak.. Kalau saya guna cara bijak, bukan seekor je yang keluar dan mati.. berpuluh-puluh ekor siap dengan anak2 die lagi.. Entah datang dari mana pun tak tahu..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya memang pantang lipas ni
alhamdulillah my house free lipas
he he he..thanks good info anyway
owh sangat geli lipas..camna nak bunuh..tgk pun tak bleh...huhuhu
ReplyDeletenice entri..slalunya saye pijak2 ngan selipar atau tampaw ia dgn surat khabar...
ReplyDeletewah..
ReplyDeletetips yg baik punya!
memang tak suke lipas.. thanks dgn tips nih :D
ReplyDeletethanks 4 the tips..
ReplyDeletesiap ko lipas!
jom bunuh semua kerabat2 lipas ni...
INFO YANG BAIK...
ReplyDeleteterima kasih... selamat membunuh lipas lepas ni...
ReplyDeletetq for sharing :-)
ReplyDeletehoooo...
ReplyDeletebyknyer info psl nk bnh lipas.
dl pnh nmpk 10 lipas kt bilik y dah lame tak kms. splh2 tu sy pukul smpai mati..
huk2
trimas untuk tips nih
ReplyDeleteen.tikus memang geli dengan lipas ! T-T
ReplyDeletemana sempat je, dan penyapu sempat capai dengan penyapu le kene tenyeh... info menarik bule cuba try test ni
ReplyDeletepantang tgk lipas mesti nak bunuh. selalu hubby ketuk dgn apa saja barang yg ada dekat dia..huhuhu..
ReplyDeletebagus tip ni..tq
nampak lipas, Zee cabut lari dulu!
ReplyDeletehehehe
tapi nice tips,nnt Zee mntak sape2 yg cuba bunuh lipas tu ikut tips ni.hehe
I'm following you now!!
ReplyDeleteterima kasih media
ReplyDeletesangat fobi dengan lipas. tak suka dengan binatang ni. lari laju tak dapat nak kejar. hahha
ReplyDelete