Bagaimana Kita Hendak Menyayangi Seseorang


  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
  2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
  3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
  4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
  6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
  7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
  10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 
 p/s:  Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu  ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..teman tapi mesra..  Kerana dia adalah insan terpilih...

Post a Comment

21 Comments

  1. betul tu mia..'memadai la mengenali dia walaupun hanya sementara.." suka ayat ni..

    btw,cantik bunga ros tu mia..sweet sgt..

    ReplyDelete
  2. memang info terbaik
    sangat suka dan menyedarkan

    ReplyDelete
  3. Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara.......

    same la macam kenal rakan2 blogger yang lain..huhu...indah sebenarnya

    ReplyDelete
  4. salam kak,

    thanks utk tips ni :) so meaningful..

    ReplyDelete
  5. dulu...saya mmg sygkan dia...tp sejak sy dpt tahu dia menipu sy...sy tk mampu nk syg dia lagi...

    mcm nk putus jer...tp...rasa tk snggup lk nk ucpkn kata2 putus tu..huhu..

    cuba maafkan dia..n percayakan dia..susah...setiap kata2 yg keluar dr mulut dia..sy kena tapis dulu...dh tk boleh terima sebiji2..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CICAK I HEA*T YOU

    ReplyDelete
  6. Salam,

    mengenali mia dan rakan2 disini juga membuatkan Sweetie gembira.

    ReplyDelete
  7. jangan berjanji kalu tak brani teapti tapi kalu dah berjanji jangan lupa 'insyaallah'

    ReplyDelete
  8. suka kenal orang..tapi rakan2 blogger kenal di alam maya sahaja

    ReplyDelete
  9. kak mia....yang first 2 an..
    macm mana nak tau dengan hati or perasaan???
    hehe nampk sgt xtau hhee

    ReplyDelete
  10. hati selalunya tak pernah menipu kita dan sukar diubah

    perasaan pula mudah berubah. bahaya, sebab emosi selalu mempengaruhi perasaan.

    ReplyDelete
  11. wa..ske nye kt point no 7 tu, kak mia

    ReplyDelete
  12. banyak info n tips yang menarik dan berguna kat sini :-)

    ReplyDelete
  13. perasaan satu anugerah. tapi tak boleh terlalu obses sayangkan seseorang sampai hidup tak terurus.

    ReplyDelete