Bahan-bahan:
Untuk inti:
- 1 biji kelapa parut
- ½ cawan gula kabung
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- ½ cawan air
- 1 biji labu (rebus dan lecek)
- ½ sudu teh garam
- Tepung pulut secukupnya
- Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
- 1 cawan minyak masak
Cara :
Untuk inti:
- Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
- Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam minyak.
- Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
- Panaskan kukusan. Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20-30minit (sehingga masak).
4 Comments
koci labu lak..ish..ish..kueh eksotik nih lama xpekena..main tangkap leleh je la..:-)
ReplyDeleteyeah.. enak dimakan begitu sahaja....
ReplyDeleteteknik susunan koci memang buat selera nak minum petang nie...
ReplyDeleteterima kasih... memang sedap kuih ni :)
ReplyDelete