Bahan-bahan:
Untuk inti:
- 1 biji kelapa parut
- ½ cawan gula kabung
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- ½ cawan air
Untuk kuih :
- 1 bungkus tepung pulut
- 2 mangkuk santan ( ½ mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
- ½ sudu teh garam
- Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Untuk inti:
- Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
- Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
- Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
- Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
- Panaskan kukusan. Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20-30minit (sehingga masak).
6 Comments
kuih koci sedap...huk3
ReplyDeleteYay! kuih koci memang sedap!! tapi x pandai buat, thanks for sharing! =D
ReplyDeletesedapnya..lama xpekena kueh koci ni..kalau dpt isteri yg pndai msk mmg untung ek..hehe
ReplyDeletenampak macam sodap. haha
ReplyDeletenyum nyum nyum.. lapo... nak ngaapp koci pulok la. hehe
ReplyDeletesape lagi nak resepi kuih koci boleh pi kat blog saya
ReplyDelete