37. Jongkong


Bahan-bahan:
  1. 2 cawan tepung beras
  2. 1 sudu teh garam
  3. 6 cawan santan
  4. Gula secukupnya
  5. 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
  6. Daun pisang secukupnya (buat bakul)
Cara :
  1. Gaul sebati santan dan garam.
  2. Di dalam bekas lain, gaul sebati tepung beras bersama 4 cawan santan. Masak dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga masak dan pejal. Tutup api.
  3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 helai daun pisang yang ditindih. Ambil 2 sudu makan tepung yang sudah masak dan letak di atas daun pandan. Tambah gula dan santan. Pastikan kanji tepung tadi tidak tertutup. Bungkus dan semat. Buat hingga habis.
  4. Sementara itu panaskan pengukus.
  5. Kukus sampai santan masak lebih kurang 1 jam.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. aaa sukanyer kuih ini..tq for the recipe...nanti leh buat...

    ReplyDelete