Kenapa Nak Study Kat OUM

Mula-mula terfikir juga, macam mana ya nak study... Memang minat sangat nak sambung study tapi masa itu tahun 2007, sibuk renovate rumah dari bulan Januari... Rumah siap je terus nak kahwin.. terpaksa lah tunggu lagi.

Nampaknya tahun 2007 tak dapat lah nak study... takpe...sabar. Kerja masa tuh sangat sibuk maklumlah pada masa Lembaga Nanas tengah nak naik, orang IT cuma ada sorang je. Banyak benda nak buat. Budget planning, proposal ke MAMPU, macam baru nak sediakan infrastruktur IT di pejabat. Pejabat cawangan cuma ada dalam negeri Johor je. Sedih gak. Mula-mula masuk cuma ada beberapa biji komputer je kat ofis. Tanggungjawab terlalu berat dibantu oleh Su yang graduate dari bidang pertanian. Bayangkan macamana kami boleh pikul tugas tuh. Berbanding dengan sekarang.. macam-macam sudah ada.

Dari tahun 2005 lagi nak study... tangguh punya tangguh akhirnya dapat juga sambung pada Mei 2008. Rasa beruntung dapat suami yang banyak menyokong.

Memang susah nak buat keputusan samada nak belajar kat OUM ke Space UTM. Dua-duanya sama bagus. Banyak refer kat kengkawan lain yang dah belajar sana. Jadi memandangkan Space ni wajib hadir, OUM pula banyak kepada fleksibel, maka, Mia pilih lah OUM ni. Bukan nak burukkan Space tapi pada Mia bagi mereka yang selalu sibuk kekadang tak dapat nak datang kelas, lebih baik pilih OUM. Cara belajar di OUM sangat sesuai dengan cara Mia.
Kelas yang diadakan 2 minggu sekali pada hari Ahad (ikut suka kita la nak hari Sabtu ke Ahad). Kalau ambil 3 subjek, kira straight la sampai 3 kelas ikut jadual yang kita pilih. Kalau tak dapat datang kelas, hanya inform lecturer.Kalau tak dapat kelas masih boleh catch up kat dalam online forum myLMS.

Yang paling Mia suka ialah penggunaan penuh sistem myLMS oleh pelajar. Semuanya ada online. Especially Digital Library yang penuh dengan informasi yang dikehendaki. Tu lah faktor utama Mia sambung belajar kat OUM.


Dari segi kos agak mahal, tetapi berbaloi dengan servis yang diberikan. Biasalah IPTS. Diiktiraf jadi tak perlulah khuatir sangat pasal hal ni. Untuk tahun pertama pengajian, Mia gunakan akaun 2 KWSP. Tak sampai sebulan prosesnya. Tahun berikutnya, Mia guna duit sendiri (campur duit suami juga).

Apa-apa Mia setakat berpuasahati belajar di sini. Kalau ada masalah cepat-cepat refer kat kakitangan OUM. Mereka selalunya akan reply tak kira lah melalui email ke.. telefon ke.. sistem ke...

Bukan nak promosi, sekadar berkongsi pengalaman macam mana boleh nak study kat OUM...

Post a Comment

54 Comments

  1. setuju sgt....
    sbb sy pun study kat oum gak di uthm batu pahat.
    walau sy keje di utm,tp sy ambil oum sbb jadual yg fleksibel. lg satu dekat ;)
    tp seriously mmg x rugi belajar di oum.yg penting tahu bahagikan masa,yg perlu didulukan...

    ReplyDelete
  2. wahh iyea kea...
    sy ni mmg tgh berkira2 untuk samb study gak...dulu amek degree di space utm, diploma utm jb dan kini x mampulah pula nak amek master di pesisir utm..yuran mahal sgt..

    cdg nak masuk upm atau oum...
    tq for the info..

    aduhai biasalah mula2 conmpany nak bgn..sarat jea kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon ada masalah yg sama skg ni..antara oum atau upm..sis dh grad ke mana?bole share

      Delete
  3. tue la k.ju..kite pun der hasrat nak sambung stdy..tai keadaan belum mengizinkan kite nk sambung la..yela memandangkan kite byk pakai duit utk travelling jumpe husband..

    rs membuak2 gak hati nie nak stdy..tp bile pk yuran tue yg kne pk msk2..mungkin bukan skrg kot..

    tp niat nak sambung belajar memang x pernah terpadam dalam hati nie..

    whatever thank for ur info n congratulation coz dapat biasiswa ari tue..

    good luck for ur stdy

    ReplyDelete
  4. akak, okay tak oum ? akak buat pjj kan. suasana kolej oakay tak ?
    cousin miza ada offer untuk sambung degree kat oum :D

    ReplyDelete
  5. salam....saya pon plan nk smbg master...tp bz keje...igt nk apply kat oum je...tp takut tak larat nk bayar fees die lak..

    ReplyDelete
  6. @miza yusof... belajar di OUM ok sama macam universiti lain... cuma lebih fleksibel..

    @faiza... memang lah nak fee satu beban, kita boleh apply loan mana-mana takpun kuarkan duit kwsp akaun ke-2 utk bayar fee...

    ReplyDelete
  7. Kak Mia, kita ambil Master IT dekat OUM ker? nak tanya2 juga serba sedikit pasal benda tu.. Rasa berminat pulak nak sambung dekat OUM

    ReplyDelete
  8. @Jericho Kak Mia cuma belajar degree je, master belum lagi. Tapi rasanya sama, cuba check dulu subjek yang perlu diambil dalam laman web rasmi oum, www.oum.edu.my

    p/s: agak mahal skit yuran pengajiannya berbanding dengan yang lain. good luck!

    ReplyDelete
  9. kak, nak tanya..boleh ke kalau kita ambil lebih dari 3 paper untuk 1 sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh... tambah 1 subjek je. tspi CGPA perlu lebih 3.00. dan juga kena pandai handle especially masa buat assignment dan persediaan untuk final exam. good luck ya !

      Delete
  10. ANGGARAN YURAN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA BERAPA ERK?? UNTUK 1 TAHUN LA... BIASANYA 4 TAHUN KAN PENGAJIAN??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun dalam RM 18,000... sebenarnya bergantung pada berapa subjek yang kita ambil dalam satu semester. kalau 3 subjek dalam RM 1600 satu semester.

      Delete
  11. Salam,saya bergraduat bulan 12 2012 baru ni sama dengan Pn Mia rasanya. Tengah berkira-kira nak ambik master,juga dengan OUM. Sebabnya sama dengan apa yg Pn Mia bagitau di atas tu. Saya dah terbiasa dengan cara pembelajaran OUM selama 4 tahun,so kalau pilih U lain mungin terpaksa ambik masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem diorang. Anyway,good luck for you dan jom kita sambung belajar lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... norrie.. good luck ya sambung belajar tu..

      Delete
  12. nk tanya ko utk ijazah mahal tak..??? berapa ribu ye..???

    ReplyDelete
  13. mahal tak sambung oum utk ijazah..??? berapa ribu utk kos business administration..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk ijazah IT... tak sampai 19k. kalau untuk business admin, cubalah rujuk di web site oum di www.oum.edu.my

      Delete
  14. nk tanya kos utk degree bse nye kt oum ni bpe ea..anggran

    ReplyDelete
  15. Nak kongsi..saya bekas pelajar oum , kursus Degree IT, Yuran lebih kurang RM18k, murah kalau nak banding dengan IPTS lain. patu tolak yuran tranfer kredit dan diskaun 10% sebab bayar yuran awal. Kira-Kira balik habis lebih kurang 16K je.. TQ oum

    ReplyDelete
  16. kalau tak pegi kelas langsung boleh tak? cuma bergantung kpd pembelajaran online

    ReplyDelete
  17. iya.. saya pun nak tau juga if tak paya langsung datang ke kelas pun boleh...

    ReplyDelete
  18. Cara belajar dy mcm mane ? Dy swasta cmpur kerajaan ke tk ?

    ReplyDelete
  19. sy dah gi ke pusat pembelajaran oum ari tu sbb nk smbg ambik master.. ada tanya pasal kehadiran, pegawai bertugas kata tak hadir pun tak per, janji exam hadir dan wat cousework, sbb leh bljr online.. tp kalau boleh katanya, biarlah hadir pada kuliah pertama dan yang terakhir. mgkn ada sesuatu yg perlu kita tahu pd kuliah 1 dan kuliah penutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya, sy ingat nak sambung belajar di sana untuk doctorate education program (coursework)..tapi kan saya tak berapa pasti cara belajar kat oum nie..jadual dia? kelas dia cm mana? macam mana saya nak contact dorg nak tanya eh? awk terus pergi je ke ke pusat pembelajaran tu? or call dorg dulu? dalam surat tu dorg ckp dtg 5hb nie...tapi sy xsure nk bayar dulu ke x sbb xberapa nk faham cara pembelajaran di sana..sorrie byk tanya..tq :)

      Delete
  20. kt oum bole trnsfr krdt kn?

    ReplyDelete
  21. Nak tanya.. Kalau sambung degree kt oum course bachelor of education Tesl okay tak?

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Salam, saya nak tanya kalo amik Degree IT in Networking di OUM, bagaimana pembelajarannya..adakah punyai bengkel atau hanya teori sahaja?

    ReplyDelete
  24. As salam kak...klau sy nk amik dip electrical eng...agak2 bpe ek yuran dye?..

    ReplyDelete
  25. Assalam, kak, macam mana nak mohon yer, untuk pjj, online atau pergi centre dia?

    ReplyDelete
  26. Nak tanya laa saya ni berniaga...tp berminat nak sambung belajar ni.boleh ke?sb biasanya org yg bekerja yg ambik kat open u ni

    ReplyDelete
  27. Nak tanya laa saya ni berniaga...tp berminat nak sambung belajar ni.boleh ke?sb biasanya org yg bekerja yg ambik kat open u ni

    ReplyDelete
  28. salam..agak urgent...OUM ni ada full time stdy tak? dan kalau full time stdy on9 jgk ke? tempoh fulltime utk degree tk kn 4tahun juga mcm part time...then memang takda hostel ya? risau jgk ni,,,

    ReplyDelete
  29. ASALAM,
    awak..oum ni belajar dalam bm ke bi.. semua dlm bi ker..sy lemah dlm bi xfaham nanti..online pun bi ker..

    ReplyDelete
  30. saya ambi degree tesl d oum, 2010 abis blajar, hasrat tggi melangit nak sambung master, sampai sekarang blum tercapai sbb byk komitmen, insyallah akan sambung jua , kwn2 ramai dah abis master........jeles jua tengok diaorang konvo

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik. boleh tak saya dptkan email encik. saya ada beberapa soalan yg hendak ditnyakan berkaitan degree in tesl oum. tq so much

      Delete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak delete semua komen ini malang x boleh. Redha sjlah. Alang alang delete semua lagi bagus. Buat malu je masih ada alamat blog di sini. 😡😡😡

      Delete
    2. minta maaf... mia bukan sengaja nak delete komen en sanusi. mia ada cerita di http://www.mialiana.com/2017/02/uwaaa-tak-sengaja-terdelete-100-komen.html

      Delete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf... mia bukan sengaja nak delete komen k. mia ada cerita di http://www.mialiana.com/2017/02/uwaaa-tak-sengaja-terdelete-100-komen.html

      Delete
  33. saya dah official jadi pelajar oum(miri sarawak)hari ni..yuran diploma in management dlm 13k ke bawah je. good luck untuk sape nak ambil dlm management.

    ReplyDelete
  34. Salam nak tanya kenapa yuran oum skrg untuk degree telah naik sehingga 20 ribu keatas?

    ReplyDelete
  35. Salam nak tanya kenapa yuran oum skrg untuk degree telah naik sehingga 20 ribu keatas?

    ReplyDelete