Hanya Kerana Pencungkil Gigi

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti "paper clip", "eraser" dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti sudu, pen dan sebagainya.. ..?

Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi…contoh : seperti makan, tidur, lepak2 & sbgnya. Ingatlah!!! bukankah "KERJA" itu juga satu IBADAH? jangan jadikan alasan mengantuk dimalam hari kerana menyaksikan perlawanan bolasepak untuk anda sewenangnya tidur dlm waktu bekerja & apa pun jua alasan anda, beringatlah ALLAH senantiasa melihat…   


“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”


Bermuhasabah diri :

Diantara kita mungkin ada yang hanya pandai berkata-kata sahaja ibaratnya “buat undang-undang, tetapi diri sendiri yang melanggar peraturannya…itu tidak mengapa sebab diri sendiri itulah yang akan menggubal semula undang-undang tersebut..senang kata alahai…“tin kosong” Kita boleh dengar saja kata dia, tapi tolongla jangan percaya”

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, tanpa “keikhlasan “ pangkat yang kita dapat akan menyebabkan melarat. Gaji besar, tetapi ketenangan hati menurun.Wang yang banyak, sentiasa tidak kecukupan… Ingat !!! “what you give you get back… Golden rule” itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Wang yg didapat tidak berkat, mungkin akan dapat anak yang sukar dididik dan degil. mungkin dibalas dengan isteri atau suami yang berkira, bermuka-muka dan berpura-pura.

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

Sumber dari : ISUHANGAT.COM

Post a Comment

7 Comments

  1. hmm hmm .. moga ia menjadi pengajaran buat kita.. satu ingatan..

    ReplyDelete
  2. susahnya nak lari dari perkara syubhat dalam kerja kita... kadang takde kerja kita sembang sekejap.. blum masuk main game hilangkan tensen dsb camana nak berkat yea

    ReplyDelete
  3. wuahhh manyak pengajaran krole dpt dr en3 ni...tq..

    ReplyDelete
  4. err..teruknya...benda kecil xleh wat remeh..tq ats en3 ini..sgt berguna utk pengetahuan

    ReplyDelete
  5. Suatu ingatan tuk kita.....
    Tuhan tu maha melihat..

    ReplyDelete
  6. yep2..peringtan ni sgt2 beri iktbar..
    kita selalu fkir..alah kecik ja...
    bukan apa..
    tp yang kecik 2 la akan wat kita terseksa nnt.
    adoii2..........
    takutnya fatin..
    banyk dosa fatin sblm2 ni :(

    ReplyDelete