Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk?
Mia pun dalam usaha untuk kuruskan badan gak.. Tu yang selalu makan Quaker Oat. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
Mia pun dalam usaha untuk kuruskan badan gak.. Tu yang selalu makan Quaker Oat. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
- Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
- Buat exercise keluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang. (sejak dah ada anak ni.. mia dah lama tak berenang)
Apa-apa pun, dicadangkan dan disarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.
- Amalkan makan malam sebelum jam 7.00 malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.
- Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus. Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. Duit habis, badan tetap juga naik.
- Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli Produk Diet yang banyak terdapat di pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat.
- Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.
- Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke gym berdekatan. Senaman membentuk otot yang sihat dapat membakar lemak.
- Positifkan diri. Buatlah target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
- Jangan asyik menimbang berat badan. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
- Beri penghargaan untuk diri sendiri. Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat yang sedap. Jangan risau… sesekali tidak mengapa.
Selamat mempraktikkannya…dan semoga berjaya mendapat berat badan yang diidamkan..
Sumber : PakarHowTo
6 Comments
mestilah nk kurus, kalo gemuk susah nk buat itu ini, aku pun tgh struggle jaga bdn huhu..
ReplyDeletefatin x tau la fatin kurs ka x....hehehe
ReplyDeletetapi depa cakp fatin berisi dah..mmg bekesan ehh...ok nnt fatin try...thanks kongsi infrmtion :D
mia... susah la nak ikut syarat2 tu semua.. saya pernah ikut sekali. Ikut rules tu dalam sebulan, saya hilang 3 kilo.. pastu seminggu jer tak ikut, terus badan naik balik.. huhuhu.. sedih ni..
ReplyDeletetu lah..kena maintain je lepas tuh... control.. mia pun dulu turun pastu naik jap.. pastuh diet balik..turun balik... ni tgh usaha nak turunkan...
ReplyDeleteni dah x susukan anak..dah leh nak diet...
jommm...
mcm mn nak naikkan berat badan :)) wakaka.... dah letih melantak mcm2... x naik2 gak. ade petua x :D dpt tambah 5kg pun jadi ler ;) hihihi
ReplyDeleteyang bab ni.. belum ada lagi la. sabar ya...
Delete