Ketika entri ini dibuat, Mia baru sahaja habis kelas.... Masih di OUM lagi, sedang tunggu husband ambil Mia.
Kuiz ini adalah contest yang pertama dari Mia. Mia harap kuiz yang Mia buat ini tidak menyinggung mana-mana belah pihak. Tujuan kuiz ini adalah semata-mata untuk memberikan penghargaan kepada follower-follower Mia. Tiada maksud lain selain daripada itu. Bajet untuk kuiz ini memang dah diperuntukkan sejak awal lagi oleh Mia dan husband. Diharap dengan adanya Kuiz ini, ianya dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim kita di dalam dunia blogging.
Alhamdulillah, Mia rasa syukur sangat atas apa yang Mia ada sekarang. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk dikongsi bersama dengan pengunjung-pengunjung Mia. Bukan semudah seperti yang disangkakan. Mia dapat mengatasi cabaran yang dihadapi hasil daripada sokongan padu keluarga dan rakan-rakan. Yang penting sekali... "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".
Kejutan demi kejutan akan ada di dalam blog ini. Nantikan dengan penuh senyuman.
1 Comments
tahniah..
ReplyDeletebukan mudah utk buat kuiz berhadiah..
kalau kuiz free (tanpa hadiah), mmg mudah..huhu