34. Cucur Udang


Bahan-bahan:

Untuk sos :
  1. 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
  2. 2 ulas bawang putih (ketuk)
  3. 1 cm halia
  4. 1 sudu teh garam
  5. 2 sudu makan gula
  6. 2 sudu makan gula merah
  7. ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar separa halus)
Untuk cucur :
  1. 1kg tepung gandum
  2. 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)
  3. 2 pokok daun bawang (potong kecil-kecil)
  4. 500 gram taugeh
  5. 1 sudu teh baking powder
  6. 1 sudu teh garam
  7. ½ sudu teh serbuk kunyit
  8. Air secukupnya
  9. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk sos cucur udang :
  1. Satukan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacau sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.

Untuk cucur :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Kaup adunan dengan senduk separa bulat, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos.
  4. Hidang bersama sos cucur udang.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments