32. Cucur Nestum

Bahan-bahan:
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. ½ cawan nestum
  3. ½ cawan ikan bilis (kisar halus)
  4. 1 batang lobak merah parut
  5. 1 labu bawang besar
  6. 2 tangkai lada merah
  7. 1 tangkai daun bawang
  8. 1 biji telur
  9. ½ sudu teh garam
  10. Air secukupnya
  11. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
   Bahan (5) hingga (7) hendaklah dicincang

Cara:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
  4. Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

1 Comments