30. Cucur Karya Pedas

Bahan-bahan:
  1. 600 gram keledek (rebus dan lecek)
  2. 150 gram tepung gandum
  3. 100 gram ikan bilis
  4. 5 tangkai lada merah
  5. 3 ulas bawang merah
  6. ½ sudu teh garam
  7. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Bahan (3) hingga (6) tumbuk hingga lumat

Cara :
  1. Gaul rata keledek bersama bahan yang telah ditumbuk lumat.
  2. Masukkan tepung gandum. Gaul rata menjadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, leperkan dan buat lubang di tengahtengahnya satu persatu sehingga habis.
  4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Goreng doh yang telah dibentuk tadi sehingga keemasan. Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. cucoq keria...emmph..sedap sehingga menjilat jari....

    http://amirkomeng.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. lebih susah dari masak meggie ni..hehe..lama xberblog sskali baca resepi2 canggih

    ReplyDelete