27. Cucur Durian


Bahan-bahan:
  1. ½ kg tepung gandum
  2. 3 ulas durian
  3. 1 ½ cawan air suam
  4. 4 sudu gula
  5. ½ sudu teh garam
  6. 2 sudu makan kelapa parut
  7. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
  1. Kacau isi durian bersama air suam.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Setelah hancur, masukkan tepung gandum dan kelapa parut sedikit demi sedikit. Kacau dengan lembut supaya cucur tidak menjadi keras.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

7 Comments

  1. uishh sedapnyer :) kelapa parut memang sedap, tambah rasa lemak kan :)

    ReplyDelete
  2. baca entry masak2 lama2 jadi pro chief..:-)

    ReplyDelete
  3. Lama-lama mesti boleh masak punya...

    ReplyDelete
  4. cucoq dereyan!...pernah makan sekali,tapi tak boleh nak pi...cheq ni alah dereyan...tapi kalau makan dereyan saja...3 jarah pun clear...

    http://amirkomeng.blogspot.com/

    ReplyDelete