24. Cek Mek Molek


Bahan-bahan:
  1. 600 gram keledek (direbus dan dilecek)
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. Gula (untuk inti)
  4. Garam secukup rasa
  5. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :
  1. Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang lembut.
  2. Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng hingga kekuning-kuningan dan angkat.

Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

9 Comments

  1. waduhh2....sdpnyer...peberet nih!

    ReplyDelete
  2. lebih 3@4 tahun tak jumpa kueh tradisional kelantan. Sure sedap u. Maklumlah saya orang sabah dan menetap sabah...mana nak jumpa selalu...di kk tak ada pula orang kelantan jual kuih kat sini...

    ReplyDelete
  3. tak pe..meh cuba blaja masak ikut resepi... confirm jadi punya...

    ReplyDelete
  4. eee ~ lamanya ta makan kuih cek mek molek ni . rindunya na menikmati keenakan kuih ini ~ ^_^

    ReplyDelete