18. Buah Gomak


Bahan-bahan:

Untuk tepung kacang hijau:
  1. 500 gram kacang hijau

Untuk inti:
  1. 1 biji kelapa parut
  2. 1 keping gula melaka (hancurkan)
  3. 200 gram gula merah
  4. ½ cawan air

Untuk doh:
  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 2 cawan tepung kacang hijau
  3. Air secukupnya

Cara :


Untuk tepung kacang hijau:
  1. Kacang hijau dibuang kulit, dibasuh dan ditoskan.
  2. Goreng tanpa minyak sehingga kemerahan.
  3. Sejukkan dan mesin sehingga halus. Kemudian diayak.

Untuk inti:
  1. Didihkan air, masukkan gula merah dan gula melaka. Kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut, kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk buat buah gomak:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masak sebentar di atas api.
  2. Ambil sejemput tepung pulut tadi dan leperkan. Letakkan inti ditengah-tengahnya. Tutup dan leperkan semula. Buat sehingga habis.
  3. Sementara itu panaskan air kukusan
  4. Kukus adunan tadi sehingga masak. Angkat dan salut dengan tepung kacang hijau.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

6 Comments

  1. buah gombak ni kalau org utara panggil abok-abok...sedappp...!
    rindu nk makan...kak, post mari kat sy..hahaha

    ReplyDelete
  2. uikkk...jom arr buat... leh rasa sendiri

    ReplyDelete
  3. salam...sebuah blog yang berteraskan kewanitaan...bila masuk ke blog nie cool aje..pilihan warna yang lembut...membuat aku terasa ada wanita ayu disini,,,,gadis melayu..tahniah!!!

    ReplyDelete
  4. alamak sedapnya...

    ish meleleh kak...
    kak tolong simpan sikit..
    kata kawan k..
    ngeh2

    ReplyDelete