13. Bingka Kukus

Bahan-bahan:
  1. 1 cawan air
  2. ½ sudu teh garam
  3. 2 cawan ubi kayu parut
  4. ½ biji kelapa parut
  5. ½ sudu teh pewarna merah
Bahan sira :

½ cawan air
1 keping gula melaka (hancurkan)
1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara :

  1. Panaskan pengukus. Sapu rata minyak pada loyang.
  2. Gaul sehingga sebati ubi kayu, air & bahan pewarna. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  3. Kukus selama ½ jam atau hingga masak. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk-bentuk yang disukai.
  4. Gaul garam bersama kelapa parut. Salut kepingan-kepingan bingka dengan kelapa.
  5. Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam periuk lain dan masak hingga larut. Besarkan api dan didihkan hingga menjadi sira yang pekat.
  6. Hidang bingka bersama air sira.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments