12. Bingka Kastad


Bahan-bahan:
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. ½ cawan tepung kastad
  3. 2 biji telur
  4. 1 cawan gula pasir
  5. ½ cawan marjerin (cairkan)
  6. 410 ml susu sejat
  7. 4 cawan jus pandan
  8. ½ sudu teh pewarna hijau
  9. ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)
Cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c selama 10 minit
  2. Kisar kesemua bahan kecuali bijan dan tapis.
  3. Sementara itu sapu rata acuan/loyang dengan minyak.
  4. Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180'C selama ½ jam.
  5. Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga nampak masak.
  6. Sejukkan dan potong
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments