Memburu Kehidupan Jangan Sampai Kehilangan Tuhan


 Tidak ada manusia yang tidak hendak hidup sempurna

Ingin kaya, ingin rumah besar, ada kereta, ada harta

Memperolehi pakaian yang cantik, pakaian mewah, perabot rumah yang mahal

Dapat pangkat yang besar, gaji yang lumayan, alat-alat hidup yang canggih

Ini adalah benda-benda atau perkara yang lahir

Yang bersifat maknawi dan rohani tidak kurang pula diperlukan oleh manusia

Inginkan ilmu yang banyak, pengalaman yang luas, jiwa yang bahagia

Tapi Tuhan tidak akan memberi manusia serba lengkap dan sempurna

Begitulah yang terjadi di dalam kehidupan manusia

Manusia perlu ingat, di dalam memburu kehidupan yang sempurna jangan sampai kehilangan Tuhan

Di dalam apa keadaan pun Tuhan mesti dipertahankan

Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya

Tidak ada erti mendapat segala-galanya kalau kehilangan Tuhan

Biarlah segala-galanya itu di dalam kekurangan tapi jangan kehilangan Tuhan

Tuhan adalah hidup mati kita

Yang lain adalah untuk sementara sahaja

Rugi besarlah manusia kerana inginkan kesempurnaan dan kemewahan hidup tertinggal Tuhan

Apabila kehilangan Tuhan, manusia tidak akan hidup bahagia

Kerana Tuhan itu adalah sumber kebahagiaan

Kehilangan Tuhan, kehilangan sumber kebahagiaan

Ini terbukti orang yang tidak mempedulikan Tuhan walaupun serba ada tetapi tidak tenang dan tidak bahagia

Post a Comment

2 Comments

  1. kadang-kadang bila dah leka beginilah jadinya.

    ReplyDelete
  2. Suka coretan Mia ni..
    Banyak terjadi kini, manusia leka mengejar kesenangan dan kemewahan dunia namun terlupa mengutip bekalan utk akhirat.
    Terima kasih Mia..

    ReplyDelete