Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemakdan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan danmembahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian“Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab beratdalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan. Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram. :
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram
Contoh:
Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat- 53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat) -16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki : 2000-2500 kalori
Wanita :1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia ?
Kategori: Kuih Muih
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemakdan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan danmembahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian“Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab beratdalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan. Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram. :
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram
Contoh:
Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat- 53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat) -16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki : 2000-2500 kalori
Wanita :1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia ?
Kategori: Kuih Muih
- Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
- Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
- Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
- Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
- Popia goreng (satu) = 130 kalori
- Popia basah (satu) = 95 kalori
- Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
- Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
- Karipap (sebiji) = 130 kalori
- Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
- Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
- Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
- Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
- Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
- Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
- Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
- Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
- Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
- Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
- Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
- Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
- Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
- Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
- Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
- Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
- Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
- Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
- Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
- Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
- Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
- Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
- Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
- Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
- Roti putih (2 keping) = 156 kalori
- Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
- Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
- Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
- Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
- Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
- Nugget ayam (satu) = 60 kalori
- Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
- Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
- Burger keju (satu) = 425 kalori
- Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
- Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
- Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
- Tembikai (sepotong) = 20 kalori
- Betik (sepotong) = 45 kalori
- Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
- Durian (5 ulas) = 64 kalori
- Limau (sebiji) = 42 kalori
- Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
- Nenas (sepotong) = 59 kalori
- Epal (sebiji) = 63 kalori
- Ciku (sebiji) = 44 kalori
- Mangga (sebiji) = 103 kalori
Makan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) =510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.
Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).
Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
- Menonton TV = 40 kalori
- Berjalan pantas = 300 kalori
- Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
- Mengemas rumah = 240 kalori
- Berkebun = 320 kalori
- Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
- Berbasikal statik = 380 kalori
- Cool Erobik = 405 kalori
- Ping Pong = 280 kalori
sumber : emel
4 Comments
banyaknya kalori dalam makanan yang kita makan. tambah-tambah dalam makanan yang berminyak. lagi tinggi :)
ReplyDeletebetul tu miza...
Deletexsangka banyak mcm tu kalori sekali mkn..akak,sy nk tny,lau kte kt offce,ape yer yg kte boleh bwt exrcse yg ringan2.
ReplyDeletehaah kan..kadang kena bangun dan jalan2 skit. jangan dok lama kat ofis. leh sakit pinggang.
Delete