Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalurendah kualitinya.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk dirisendiri dan menyesal-lah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakanoleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kitadijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangihamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat danmengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adabdan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgnmeletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan keatas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat..
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahulimanhamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaalakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri ygtertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai,baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan dibhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka diantara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalujauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujudyg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala kekiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan diatas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dankaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlmkeadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkansehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menolehsejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramaidisekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jikabahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dansebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papanpunggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlmkeadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggidan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kitasedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan parahadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 ygtertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.Sekiranyakita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warnakulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung ygtidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikansewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamatidari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagimenutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapipastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah auratkita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin ygtebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagimereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu,berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana iaadalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solatyg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kinimemakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazamutk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasapanas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencubaseboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun darisegi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.
Sumber : Koleksi Emel Dari Rakan-Rakan
4 Comments
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Celular, I hope you enjoy. The address is http://telefone-celular-brasil.blogspot.com. A hug.
ReplyDeletehi... thanks sir..
Deleteterima kasih akak unutk info yang sangat-sangat bermanfaat :)
ReplyDeletesama-sama ya miza...
Delete