Bagi menangani bos, kita perlu terlebih dahulu mengenali jenis-jenis bos yang ada di sekeliling kita. Dengan mengenal jenis dan perlakuan seseorang bos, kita akan dapat menyesuaikan diri kita bagi bekerja dengannya. Mungkin pendedahan beberapa orang penulis berkenaan dengan bos yang tidak baik dapat membantu kita lebih mengenali mereka yang bergelar bos. Menurut mereka, bos atau pengurus secara umumnya terdiri daripada:
BOS YANG LEMAH
Bos seperti ini hakikatnya tidak berminat sama sekali menjadi bos. Kelakuannya beragam-ragam. Dia mahu di-sukai oleh orang lain dan bencikan konflik serta risiko. Dia amat lemah dalam kemahiran mengurus,tetapi tidak bersedia mempelajarinya. Berdepan dengan bos sebegini memerlukan kita mengenal pasti masalah-masalah yang ada dan menghindarkan diri daripada memperkatakan apa yang menjadi kebenciannya. Jika dia tidak mahu mengambil peranan kepimpinan, berhubunglah dengan bos kepada bos itu. Ambil inisiatif bagi melaksanakan kerja-kerja yang perlu, tetapi jangan lupa memaklumkannya perkembangan yang berlaku dalam organisasi. Jadikan hidupnya menyenangkan. Dia tetap perlu dimaklumkan dengan isu-isu kritikal sahaja supaya tindakan anda mendapat sokongannya apabila timbul apa-apa pertelingkahan di kemudian hari.
BOS YANG SUKA BERPOLITIK
Bos sebegini selalunya mempunyai agenda tertentu dan hanya merujuk kepada anda sekiranya anda mampu me-nyempurnakan agendanya. Dia juga tidak teragak-agak mengorbankan anda sebagai 'kambing hitamnya' apabila matlamatnya terjejas. Kepada bos sebegini, penuhilah impiannya dengan menjadikan mereka kelihatan hebat dengan kejayaan projek-projek yang strategik. Anda pula, hanya perlu memfokuskan kepada kerja-kerja yang mempunyai nilai yang tinggi sahaja, tetapi kurang glamor. Anda juga perlu ingat bos sebegini pasti bertindak balas hatta sanggup menghapuskan anda jika kedudukan dan agendanya diancam. Jika perlu, maklumkan ke pengetahuan pihak atasan peranan penting bos sebegini kepada kejayaan sesebuah projek supaya dia merasa bangga dengan tindakan kita mengharumkan namanya. Anda tidak rugi berbuat demikian kerana masa anda naik pasti tiba juga apabila bos sebegini naik kerana kejayaannya bergantung pada anda.
BOS HITAM PUTIH
Bos dalam kategori ini berada dalam kekeliruan dan sukar memahamis esuatu.Dia tidak memahami konteks sesuatu perkara dan idea-idea yang sukar. Jika demikian keadaannya, layanilah bos sebegini seperti mana kita melayani anak-anak kecil. Berikan dia maklumat-maklumat yang mudah berserta sokongan data-data yang meyakinkan. Jangan cuba memaksanya memahami perkara-perkara yang sukar dan memeningkan kepalanya sahaja.
BOS YANG GHAIRAH PADA PERKARA-PERKARA KECIL
Biar betapa kerap dan baikpun anda melakukan sesuatu, bos sebegini sentiasa mencari kesalahan anda. Anda tentu merasa sangat kecewa dan hilang upaya berdepan dengan bos sebegini. Mengapa dia begitu tidak mempercayai anda? Ini mungkin disebabkan dia tidak sanggup menerima kegagalan. Bagi bos sebegini, berilah maklumat yang lengkap dan yakinkan dirinya yang anda mengambil langkah-langkah yang berhati-hati ketika melaksanakan kerja-kerja anda. Bos sebegini sangat cerewet. Serba-serbi hendak di-ambil tahu sehingga anda seringkali merasa rimas dan tidak ketentuan. Anda perlu bersabar dan memberikan maklumat sebagaimana yang diperlukannya.
BOS YANG HALIMUNAN
Anda tentu menjadi tidak tentu hala kerana bos ini tidak memandu anda dalam melaksanakan sesuatu kerja. Wujud ataupun tidak wujudnya bos ini tidak membantu anda kerana dia adalah halimunan. Halimunan mungkin kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan lain, tidak mahu mengambil tahu ataupun tidak mahir dalam sesuatu perkara dan hanya membiarkan anda sahaja bergelut dengannya. Bagi bos ini, anda perlulah menggunakan kemahiran komunikasi anda dengan memberikannya maklumat yang lengkap, ringkas dan mudah sahaja. Mudahkan dia supaya dapat memberikan keputusan yang anda mahukan. Tunjukkan kepadanya arah tuju, perancangan dan matlamat kerja anda. Ikatlah dirinya dengan komitmen secara berkala.
BOS YANG HANYA MEMENTINGKAN KERJA SAHAJA
Bos ini memerah keringat dan idea anda semaksima mungkin sehingga anda mungkin terpaksa melupakan dunia sebenar anda di luar pejabat. Anda mungkin tidak dapat bertahan lama dengan bos sebegini. Cubalah cari peluang menerangkan kepadanya bahawa anda memerlukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.
BOS YANG TERUK
Dia sangat tidak beradab dan merasa seronok melihat anda gagal. Dia menunjukkan sikap buruknya terhadap anda sehingga anda merasa bosan dengannya.
Howard Eisner (2001) menerusi artikelnya bertajuk "Bad Bosses: How toCope if You Get Stuck With One" di dalam Majalah Tech Manager menyenaraikan 6 jenis bos yang teruk, iaitu:
Walau bagaimanapun rupa dan perangai bos, anda sebenarnya mempunyai dua pilihan. Sama ada anda berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkan anda pula bergelar bos ataupun anda mengangkat kaki meninggalkan organisasi itu. Pilihan di tangan anda. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalah sama beratnya kepada sesebuah organisasi mencari pekerja yang terbaik. Peranan anda adalah bekerja dengan baik, cekap, mencapai matlamat anda serta memajukan diri anda. Jika bos anda gagal membantu anda mencapai hasrat itu, apalah gunanya lagi anda terus berhempas pulas bersama-sama organisasi sebegini.
Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika anda mempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pasti berjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkan umur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.
Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, meniti tangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terus sahaja menjadi bos, biarpun umur danpengalaman baru setahun jagung. Ada juga yang menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi cara seseorang itu mendapat gelaran bos.

- Bos yang tidak mendengar dengan baik
- Bos yang bersifat autokratik
- Bos yang enggan membuat sebarang keputusan
- Bos yang cenderung mengambil kisah dan men-campuri perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh
- Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja
- Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai
Walau bagaimanapun rupa dan perangai bos, anda sebenarnya mempunyai dua pilihan. Sama ada anda berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkan anda pula bergelar bos ataupun anda mengangkat kaki meninggalkan organisasi itu. Pilihan di tangan anda. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalah sama beratnya kepada sesebuah organisasi mencari pekerja yang terbaik. Peranan anda adalah bekerja dengan baik, cekap, mencapai matlamat anda serta memajukan diri anda. Jika bos anda gagal membantu anda mencapai hasrat itu, apalah gunanya lagi anda terus berhempas pulas bersama-sama organisasi sebegini.
Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika anda mempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pasti berjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkan umur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.
Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, meniti tangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terus sahaja menjadi bos, biarpun umur danpengalaman baru setahun jagung. Ada juga yang menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi cara seseorang itu mendapat gelaran bos.
2 Comments
i guess both my bosses tergolong dlm kategori 'halimunan' kot...
ReplyDeletealahaiii sdih...
2 pilihan, samada bertahan atau angkat kaki dri organisasi... huhuhu
Semoga satu hari nanti saya berjumpa dengan bos yang terbaik :)
ReplyDelete