Seksologi - Lelaki


Menjadi lelaki yang dapat membahagiakan pasangannya merupakan salah satu keinginan lelaki dari dahulu sampai sekarang.pelbagai inovasi dilakukan daripada yang mudah hinggalah kepada perkara yang tidak masuk akal.


Sebagai contoh kalau lelaki melayu hanya mempraktikkan tongkat ali, lelaki dari bangsa roman dulu kala gemar menggunakan ubat perangsang Eksotik seperti dari bola mata hyena dan juga muncung kuda. Ekstrem bukan? Namun setelah masa beredar kemudian disedari bahawa ada cara yang lebih mudah dari semua itu. Malah cara tersebut juga dikatakan turut berkesan dan tidak memerlukan kaum lelaki untuk menyabung nyawa untuk mendapatkannya. Sekali gus menjadi kan anda lelaki yang mampu membahagiakan pasangan anda.


Apakah caranya?? Ini dia senarainya.. :-

Makan coklat
Coklat mengandungi phenylethylamine, zat kimia yang mampu menghasilkan perasaan Euphoria dan kebahagiaan dengan melepaskan depomine, bahan kimia di otak yang juga ditemui ketika seseorang itu mengalami orgasme.

Ambil makanan sihat
Diet buah-buahan dan sayur-sayuran dalam beberapa cara dapat mempengaruhi kehidupan seksual. Jenis makanan ini membantu merendahkan tingkat kolesterol , yang biasanya menghalangi aliran darah ke tempat-tempat penting dalam tubuh kita. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangi berat badan yang berlebihan. Kegemukan sebenarnya mempengaruhi rendahnya tahap testosterone. Lagipun apa yang hendak dirugikan, selain untuk menjaga kehidupan seksual kita.

Hindari alcohol
Mengambil atau meminum alcohol dalam jumlah banyak dapat menghalang fungsi seksual tetapi juga mampu membuatkan seseorang hilang pertimbangan yang kemudiannya berakibat buruk.

Manfaatkan madu
Zat istimewa madu terdapat dari mineral boron, yang membantu tubuh memanfaatkan estrogen, hormon asas seksual bagi wanita. Beberapa kajian untuk memperakukan bahawa madu juga menambah tahap tenaga.justeru pengambilannya memungkinkan anda bertahan lebih lama dalam aktiviti seksual.

Ghairah dengan tiram
Aphrodite, dewi cinta untuk mitologi yunani dijadikan nama untuk zat perangsang (aphrodisiac). Sang dewi melahirkan eros diatas seekor tiram. Radi inilah reputasi tiram sebagai makanan meningkatkan dorongan seksual bermula. Sebagai penjelasan, tiram memiliki kandungan zink yang tinggi, yang diperlukan dalam penghasilan testosterone dan juga sperma.

Hangatnya halia
Selain merangsang system peredaran darah, halia dikatakan dapat menambah aliran darah ke alat kelamin. Halia merupakan akar tanaman aromatic yang biasanya digunakan untuk rempah. Masakan dan memiliki khasiat ubat-ubatan.


sumber : emel

Post a Comment

1 Comments