Bahaya Penggunaan Pinggan Mangkuk Melamin


Mengikut laporan dari Persatuan Pengguna Penang (CAP) pinggan mangkuk melamin mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan. Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata, hasil kajian diperingkat antarabangsa menunjukkan penggunaan melamin secara kerap boleh menyebabkan canser, alahan kulit dan buta .

Menurutnya, pinggan-mangkuk melamin menjadi pilihan ramai kerana ia kelihatan menarik dan tidak mudah pecah. Namun, menurut beliau pengguna tidak menyedari bahawa melamin boleh mencair pada suhu tinggi dengan sebahagiannya masuk ke dalam tubuh melalui makanan yang dimakan . Di Malaysia penggunaan melamin semakin meluas samada di rumah, gerai atau restoran kerana strukturnya yang kuat dan dereka dalam bentuk yang menarik.

Makanan panas juga sering dihidangkan dalam pinggan-mangkuk berkenaan, sering juga kita lihat warna bahagian dalam pinggan-mangkuk berkenaan dan coraknya luntur kerana lama digunakan. "Kemana perginya melamin itu?, Tentulah ke dalam perut kita," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya. Menurut Mohamed lagi, melamin dihasilkan dengan mencampurkan urea dengan formaldehid di bawah suhu yang tinggi dan pemampatan. Tambah beliau, product itu dipanggil "thermost plastic" kerana apabila menjalani proses kepanasan, ia tidak lagi dapat dibentuk atau dikisar semula.

Namun bila terdedah pada suhu tinggi melamin akan mencair. Pada amnya melamin ini menggunakan warna ketika dalam proses pembuatannya. Disebabkan nilai kimianya apabila makanan panas di isi ke dalamnya warna dan urea formaldehid toksik akan bocor dan mencemarkan makanan tersebut.

sumber : emel

Post a Comment

2 Comments