Anak-anakku yang dikasihi!
Hidup di dunia ini perlu ilmu syariat, perlu ilmu dunia
di dalam semua perkara Syariat sebagai disiplin kerja,
ilmu dunia sebagai teknik dan cara bekerja
Alangkah indahnya wahai anak-anakku kemajuan dunia itu jadi ibadah,
ibadah itu jadi kemajuan dunia
Akhirat kita utamakan, dunia tidak diabaikan Dunia kita maju,
Akhirat pula kita dapat kebahagiaan dan keselamatan kekal abadi
Perlu diingatkan di sini orang yang lebih malang lagi ialah di dunia tidak maju,
usaha itu pula tidak jadi ibadah
Hendak buru kemajuan dan kekayaan di dunia sudah gagal,
usaha itu tidak diberi pahala pula kerana ia tidak jadi ibadah
kerana ternafi syarat-syaratnya
Kalau orang yang mengusahanya tidak maju,
tapi usahanya itu disiplin syariat masih untung iaitu mendapat pahala di Akhirat
kerana usahanya itu jadi ibadah
Hidup di dunia ini tidak lama, sementara waktu
kerana hendak mencari keredhaan Tuhan
tidak mengapa sedikit mendapat kesusahan
Ia tidak berkekalan, sementara sahaja,
demi untuk kesenangan dan kebahagiaan berkekalan dan berpanjangan
Kalaupun kita mendapat kesenangan di dunia tapi bukan keredhaan Tuhan,
berapa lama sangatlah kesenangan itu?
Paling lama 50 tahun selepas itu mati masuk Neraka
penderitaannya selama-lamanya apalah ertinya?!
Wahai anak-anakku berhati-hatilah hidup di dunia ini
yang sementara waktu ini jangan sampai tertipu
Janganlah hidup yang sementara ini melalaikan kita,
di Akhirat masuk Neraka Nanti di sana penyesalannya tidak berkesudahan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Janganlah korbankan kepentingan Akhirat kerana kepentingan dunia yang sedikit,
yang sementara, yang tidak lama
Nisbah hidup di dunia dengan Akhirat hanya sekadar setengah jam,
satu jam atau 20 minit
Apakah hendak pertahankan hidup 1 jam
kemudian masuk Neraka yang begitu lama, sepanjang masa?
Fikirlah baik-baik anak-anakku
Jangan pula kerana nafsu,
kita jadi bodoh hingga tidak boleh berfikir
secara normal, melulu, dungu
Utamakanlah hidup yang kekal abadi dan hakiki!
Berpandangan jauhlah kita, jangan berfikiran sempit
sekadar dunia sahaja yang sementara waktu
Kalau kita tahu betapa berharganya diri kita, jika dijaga,
maka faedahnya merata seluruh dunia
Betapa besar pahalanya jika kita gunakan untuk Tuhan
sekaligus berguna kepada manusia
Jika kita sia-siakan hanya untuk diri kita semata-mata,
amat malangnya
Itu pun belum pasti lagi, boleh jadi merosakkan dan membahayakan
diri kita dan semuanya
Kerana ukuran kita adalah nafsu yang melulu, buta,
masa depan tidak diambil kiraPepatah Melayu kan ada berkata:
"Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa."
Mengapa kita tidak jadikan pengajaran apa yang berlaku
kepada manusia yang mengikut nafsu setiap masa?
Ikut nafsu inginkan bahagia, yang terjadi c.e.l.a.k.a
Lihatlah media-massa memaparkan macam-macam kejadian
yang mengerikan dan mencelakan, padahal asalnya hendakkan bahagia
Kalau tidak sempat melihat Al Quran dan Hadis cerita penderitaan Neraka
orang yang ikut nafsu, melihat kejadian setiap hari pun sudah menginsafkan kita
kalau mahu mengambil pelajaran
Mengapa setiap kejadian setiap hari tidak dijadikan pengajaran?!
Apakah setelah kita mendapat kecelakaan baru menerima pengajaran?
Setelah patah kaki, sesudah lumpuh, setelah cacat, baru insaf!
Apakah setelah diri tidak ada harga, setelah manusia benci,
setelah diri tidak berguna baru mahu sedar?
Betul insaf secara itu ada juga baiknya dari tidak insaf,
tapi di dunia sudah tidak ada harga dan berguna,
orang sudah tidak percaya, badan sudah merana
Bukankah lebih baik diri kita berguna di dunia dan di Akhirat bahagia?!
Mungkin ada di kalangan anak-anakku berfikir mati lambat lagi,
ke Akhirat jauh lagi, masa muda ini enjoy-enjoy dahululah
Setelah tua barulah kita bertaubat!
Anak-anakku jangan menipu diri, bila kita berjanji
dengan Tuhan setelah tua baru mati?!
Mati bila-bila masa berlaku, bila-bila masa terjadi,
di waktu bayi, kanak-kanak, di masa muda dan dewasa, tua atau tua bangka
Alangkah malangnya jika mati di waktu muda sedang lalai dan lupa, bila hendak taubat? Alangkah celakanya mati di dalam dosa, Nerakalah tempatnya
sumber : emel
1 Comments
Nice sharing TQ
ReplyDelete