Nasihat Ayah I

Anak-anakku yang dicintai!
Ingin aku memberitahu lagi kalian sebagai nasihat
dariku tanda kasih sayangku kepadamu
Anak-anakku kalau aku tidak memberitahu kamu pun tahu,
cuma kamu tidak mahu ambil tahu
Aku pun tidak tahu mengapa kamu tidak mahu ambil tahu
sesuatu yang kamu yakin dan tahu, buat-buat tidak tahu

Anak-anakku bahawa dunia ini adalah sementara waktu,
bukankah kamu pun tahu, tapi tidak ambil peduli
Dunia bukan destinasi yang dituju wahai anak-anakku
Destinasi tempat yang dituju adalah Akhirat yang kekal abadi
Dunia dikatakan negara yang dekat,
Akhirat negara yang akhir yang jauh
Tuhan hantar kita ke dunia sebagai musafir untuk menguji manusia
Di suatu hari akan ke Akhirat juga negara yang abadi tidak diukur dengan masa lagi
Tuhan hantar kita ke dunia, untuk berkebun dan berladang
Makan hasilnya bukan di sini, tapi di sana negara yang abadi
Di dunia bukan tempat berehat, tapi untuk berladang sebagai ujian
kepada manusia siapa di kalangan manusia yang baik amalannya
itulah perjuangan namanya

Berladang di dunia ini bersifat maknawi dan rohani, sedikit bersifat fizikal
Siapa yang berehat-rehat di dunia, di Akhirat rugi, menderita, sengsara
Orang yang rugi tempatnya di Neraka

Maksud berladang di sini ialah mengenal Tuhan,
rasa bertuhan, mencintai-Nya, dan takut kepada-Nya,
ikhlas untuk-Nya semata-mata
Ladang itu termasuk juga adalah menegakkan syariat Tuhan
di dalam kehidupan di dunia di semua aspeknya
Sebagai ketaatan dan pengabdian kita kepada Allah Taala
Tuhan pencipta kita
Bersyukur kepada-Nya , sabar dengan derita,
tawadhuk sebagai hamba, pemurah, tawakkal,
redha, qanaah, zuhud dengan dunia, mujahadah penentunya

Itulah dia wahai anak-anakku menanam yang dimaksudkan di dunia
Hasilnya kita dapat di Akhirat sana
Wahai anak-anakku kalau kita tidak menanam di dunia,
kita akan menjadi orang yang papa-kedana, Nerakalah tempatnya

Wahai anak-anakku yang tercinta !
Kerja-kerja untuk dunia dan Akhirat
selain aqidah dan ibadah khususnya dan akhlak
tidak ada bezanya di segi lahirnya
Ia merupakan benda yang sama dan perbuatan yang serupa
Yang membezakannya sama ada ia akan jadi ibadah atau dunia
semata-mata ialah niat kita dan disiplinnya

Seperti tenaga kita, harta kita, perniagaan, pertanian,
masa yang digunakan, rumah yang didiami, kereta yang dipakai,
cara mencari harta atau kemajuan dan lain-lain lagi
Perkara yang disebutkan tadi kalau diniatkan kerana Allah,
perlaksanaannya mengikut syariat, kemudian digunakan untuk Allah
maka jadilah ibadah
Kalau niat untuk untung atau maju atau megah,
cara perlaksanaannya tidak ikut syariat,
digunakan pula bukan untuk Allah maka jadilah adat
Pahalanya tidak ada bahkan berdosa pula, maka Nerakalah tempatnya

Anak-anakku alangkah indahnya perkara yang sama tadi
niatnya betul, syariat menjadi disiplinnya, digunakan untuk Allah,
ia juga ibadah, ia juga kemajuan
Selama ini kebanyakan orang perkara yang dibuat hanya jadi kemajuan sahaja,
tidak jadi ibadah sama

Jadi di sini kita faham sesuatu perkara itu
hendak jadi ibadah atau sebaliknya
adalah perkara yang sama juga
Rugi sekalilah orang yang berusaha, bekerja, berjuang
hanya jadi satu peranan sahaja iaitu
semata-mata kemajuan tidak jadi ibadah

Mengapa kemajuan tadi tidak dijadikan ibadah sama
kerana ia benda yang sama
Mengapa usaha kita itu tidak dijadikan dua keuntungan?

Anak-anakku yang disayangi!
Oleh itu jadikanlah usaha kita itu, ia juga ibadah dan ia juga kemajuan,
jangan jadi setakat kemajuan sahaja
Anak-anakku aqidah, ibadah khusus, akhlak yang mulia, kerja dan usaha kita
yang jadi ibadah tadi itulah amal soleh atau sifat taqwa

Itulah yang dimaksudkan oleh Tuhan
"Hendaklah kamu mencari bekal dan sebaik-baik bekal adalah sifat taqwa"

sumber : emel

Post a Comment

0 Comments